Insan & Komuniti 29 Dec, 2022

Al-Fatihah untuk Allahyarham Nik Naizi Husin! Bekas wartawan, jurugambar, Presiden Kelab Media Pahang!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: ainalmarhaton63@gmail.com

Share this

Allahyarham Datuk Nik Naizi Husin


DARIPADA Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. Damailah di sana sahabat. Sudah tiba masanya dirimu berpulang ke negara abadi. Tiada lagi kesakitan yang perlu dilalui. 

Mojo KitaReporters dari Pahang yang juga Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin, 63, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, pada jam 11.40 malam, 27 Disember 2022). 

Allahyarham telah dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU), Jabatan Kardiologi HTAA selepas mengalami sakit dada, pada Sabtu, 24 Disember 2022  lalu.

Bagaimanapun, beliau terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya yang semakin kritikal selepas dikatakan mengalami serangan jantung kali pertama pada 2 Disember 2022 lalu.


Lagi

Allahyarham Datuk Nik Naizi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Jalan Haji Ahmad, Kuantan.


Jenazah Allahyarham Nik Naizi yang disolatkan di Masjid Makmur Indera Mahkota 2, Kuantan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, Jalan Haji Ahmad, Kuantan pada jam 7.19 pagi, 27 Disember 2022.

 Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wartawan dan jurugambar akhbar The Star pada 1 April 1982 dan telah bersara wajib pada September 2019.

Selepas itu, Allahyarham menyambung kontraknya dengan akhbar sama sehingga Mac 2020 dan jawatan terakhirnya  sebagai wartawan dengan akhbar digital, Fikrah Pahang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Salma Abdul Samad, 57, empat anak dan enam cucu.



Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut berkongsi khabar duka itu dalam laman sosial Facebook miliknya.

"Mendapat perkhabaran duka awal pagi tadi dengan pemergian Datuk Nik Naizi Husin telah kembali ke rahmatullah.

"Allahyarham merupakan Presiden Kelab Media Pahang yang sangat aktif dan kami sering bersua dalam majlis dan program yang saya hadiri.

"Saya doakan roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Semoga ahli keluarga tabah dan diberikan kekuatan mengharungi dugaan ini. Al-Fatihah," tulisnya.

Bersama kita doakan Allahyarham ditempatkan di sisi orang beriman dan bertaqwa. - KitaReporters


16
7
0
13
0
You will be interested