REAKSI seorang mangsa banjir yang berada di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menerima bungkusan makanan oleh pihak yang menyalurkan bantuan telah menyentuh hati orang ramai dalam media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik media sosial yang bernama @syara_dudu, kelihatan seorang mak cik menangis selepas menerima bungkusan makanan lalu menyuap anaknya serta tidak berhenti mengucapkan terima kasih yang mengundang rasa sebak.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mangsa banjir
“Sampai sini terkedu tengok keadaan seorang ibu. Sibuk tengok keadaan seorang moksu. Hari ini moksu tidak berdaya seperti dahulu.
“Sayu sangat, sampai tak boleh tahan air mata ini. Moksu kata esok datang lagi nak makan biskut pula,” kongsinya.
Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai turut tersentuh dan mendoakan segala urusan membantu semua mangsa banjir dipermudah.
“Semoga Allah permudahkan urusan mak cik,” doa @Hasrul.kassim.
“Semoga dipermudahkan urusan semua mangsa banjir di pantai timur,” tulis @NazmirMohdNazmi.
“Mesti mak cik ini seorang yang penyayang,” jelas @DekdaDiSini. - KitaReporters