Perasaan sedih dan berasa tertekan menghantui seorang peniaga kedai makan, Norrafinee Mohd Rozi di Kampung Labu Lanjut, Sepang, Selangor apabila tempat dia mencari makan itu digenangi banjir ‘air termenung’ lebih tiga hari bermula pada 28 November 2025.

Sebahagian sukarelawan berganding bahu membersih peralatan dapur diseliputi lumpur selepas digenangi air banjir.
Beliau pada
mulanya terpaksa berusaha sendiri bersama suami dan anak untuk membersih
dalaman kedai makannya itu serta pelbagai peralatan berniaga seperti peti ais, periuk
serta pinggang mangkuk yang digenangi air banjir namun tidak termampu berikutan
dia sendiri demam kerana keletihan.
Keadaan
serta masalah Norrafinee itu akhirnya disampaikan kepada Persatuan Kebajikan
Mahmudah Malaysia, Kelab Sukarelawan Mahmudah (KESUMA’24) iaitu di Semenyih dan
Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor yang menggerakkan 20 sukarelawan
untuk membantu melakukan kerja pembersihan pada 1 Disember 2025.
Norrafinee yang kelihatan keletihan namun tetap ceria menyambut kedatangan sukarelawan itu, turut menceritakan kesusahan yang dialaminya apabila pelbagai peralatan berniaga terutama pinggan mangkuk, periuk, dapur gas, peti asi dan sebagainya diseliputi lumpur, manakala sebahagian bahan makanan sejuk beku rosak dan tidak dapat digunakan.

Sukarelawan membersih perkakas dan bahagian dalam dapur yang dipenuhi lumpur.
Menurut
beliau yang menetap di Nilai, pada hari Jumaat, 28 November 2025 lalu selepas menutup kedai lewat
petang, dia bergegas pulang ke rumah namun tidak berapa lama selepas itu peniaga
kedai runcit berhampiran makannya menelefon memaklumkan air parit berdekatan
sudah melimpah ekoran hujan lebih.
Jelasnya,
berikutan itu dia bersama suami pergi semula ke kedainya untuk melihat apa yang
berlaku dan sebaik sahaja sampai beliau terkejut apabila melihat air berarus
deras dari parit berdekatan sudah melimpah masuk ke dalam kedai.
“Saya
bersama suami seperti peniaga lain yang berniaga di kawasan ini terpaksa
menyelamatkan barangan penting sahaja supaya dapat mengelak daripada mengalami
kerugian besar sebelum diminta pihak berkuasa untuk keluar menyelamatkan diri.
“Walaupun hujan sudah berhenti namun air limpahan dari parit terus bertakung selama beberapa hari sebelum kembali surut menyebabkan barangan peralatan berniaga terbenam dipenuhi lumpur yang mengambil masa untuk dibersihkan,” ujarnya yang lebih mesra dipanggil Cik Su.

Longkang yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap turut dibersihkan sukarelawan.
Dalam gerak
kerja pembersihan itu, sukarelawan terbabit melakukan tugasan membersihkan
pinggan mangkuk, gelas, bekas air minuman, peti ais dan sebagainya yang
diseliputi lumpur bagi membolehkan Norrafinee membuka semula kedainya dengan
segera.
Sukarelawan
turut melakukan kerja pembersihan lantai dapur tempat memasak, ruang makan dan
longkang yang dipenuhi lumpur di samping membuang sampah sarap yang hanyut masuk
ke dalam kedai supaya kelihatan bersih seperti sebelumnya.
Norrafinee
berkata, beliau berpindah berniaga menu makanan tengah hari di kampung itu
sejak setahun lalu dari tempat asal di Nilai, manakala masalah air banjir itu
merupakan kali pertama berlaku dan tidak menduga sama sekali menimbulkan banyak
masalah.
Jelasnya, dalam keadaan kos sara hidup makin meningkat dan barangan pula naik harga dia terpaksa menghadapinya dengan sabar apabila beberapa barangan seperti dapur gas, peti ais dan peralatan untuk kegunaan pelanggan terpaksa dibeli baharu jika mengalami kerosakan.
“Manakala barangan seperti bekas mengisi lauk, nasi, gelas minuman, jug, pinggan mangkuk dan sebagainya sesetengah itu terpaksa digantikan baharu apabila tidak dapat dicucikan dengan sempurna supaya tidak menjadi bahan rungutan pelanggang,” katanya lagi.

Lantai kedai Norrafinee yang dipenuhi mendapan lumpur terpaksa dicuci beberapa kali.
Sementara
itu, Setiausaha KESUMA’24, Rozita Yaakob, berkata bantuan yang dihulurkan
kepada Norrafinee bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini, sukarelawan terbabit sudah sampai ke Johor, Perak, Kedah, Pahang, Kelantan dan
Terengganu sejak beberapa tahun lalu dalam misi bantuan banjir.
Jelasnya,
misi bantuan banjir itu digerakan apabila mendapat maklumat daripada pelbagai
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti yang memerlukan sokongan dan
bantuan membersihkan rumah mangsa banjir, pusat tahfiz atau sekolah pondok
di samping keperluan barangan asas harian kerana terputus bekalan.
“Biasanya misi kami ini akan mendapat sokongan dan bantuan infak daripada dermawan, individu prihatin di samping NGO serta syarikat korporat yang ingin berkongsoi rezeki dengan mangsa banjir,” ujarnya. - KitaReporters

Norrafinee Mohd Rozi atau Cik Su (dua dari kanan) merakam kenangan bersama sebahagian sukarelawan yang membantu membersihkan kedainya.