Insan & Komuniti 04 Dec, 2025

Wow! Boleh menang Perodua Axia, motor Modenas, wang tunai! Pertandingan Dam Aji Piala KM Melaka!

Share this

Wow!Hebat!Pertandingan Dam Aji mainan tradisional zaman dahulu kita membuka lebaran baru dengan menawarkan hadiah lumayan bagi para pemenang.



Bagi Pertandingan Dam Aji Piala Ketua Menteri Melaka kategori Terbuka 2025, hadiah lumayan sebuah Perodua Axia 1.0E (Manual) menanti Johannya.

Manakala bagi tempat kedua hadiah lumayan juga ialah sebuah motosikal Modenas Karisma 125cc dan tempat ketiga pula menawarkan hadiah sebuah motosikal Modenas Kriss 110cc.

Sementara itu, wang tunai sehingga RM2,000 turut menanti para pemenang yang lain bagi tempat keempat sehinggalah tempat kesepuluh.


Hadiah lumayan menanti pemenang pertandingan Dam Aji Melaka.Cepat tarikh tutup 5 Disember 2025

Pertandingan Dam Aji Piala Ketua Menteri Melaka diperkenal sebagai acara sukan tradisional  yang dianjurkan di setiap peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudian pada peringkat negeri di Melaka. 

Pemenang pada peringkat DUN akan bertanding untuk merebut Piala Ketua Menteri Melaka pada peringkat akhir.  

Acara ini merupakan sebahagian daripada program Sukan Melaka 2025 dan bertujuan untuk menghidupkan semula permainan tradisional serta mengeratkan silaturahim antara generasi.  



Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dan menyertai pertandingan paling gempak di Melaka pada Sabtu, 13 Disember 2025 mulai 8 hingga 11 malam dan pada Ahad, 14 Disember 2025 mulai 9 pagi hingga tamat pertandingan.

Ayuh bagi merebut hadiah lumayan tersebut daftar segera sebelum tarikh tutup pada 5 Disember 2025 jam 5 petang bertempat di Hall C, Pusat Konvensyen MITC, Melaka.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tourism Melaka melalui nombor 06-2328402 atau Kelab Dam Aji Empayar Melaka, M. Kamal 013-9020669 atau Naim melalui nombor 017-7100277. - KitaReporters

16
8
0
11
0
You will be interested