Insan & Komuniti 11 Oct, 2022

Video| Alamak! Pengantin perempuan dirasuk? Tiba-tiba tak sedar diri? Berjoget, menyanyi di pelamin!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

PENGANTIN lelaki sedang memegang tangan isterinya yang tidak sedar diri  dengan wajahnya yang tegang di atas pelamin - kredit foto : Instagram


DALAM keseronokan dan kegembiraan sepasang pengantin baharu bersanding di atas pelamin yang dihadiri para tetamu serta sahabat handai, tiba-tiba pengantin wanita tidak sedarkan diri dan dipercayai dirasuk oleh iblis lalu menyebabkan majlis perkahwinan yang sedang berlangsung itu menjadi kecoh seketika, baru-baru ini.

Sebaik sahaja pengantin wanita itu yang dipercayai tinggal di sebuah wilayah di Indonesia, tidak sedar diri lalu dia berjoget dan menyanyi di pelamin itu tanpa malu dan segan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengantin-pengantin baharu


Sebelum itu, wanita terbabit dikatakan dalam keadaan normal berada di pelamin sambil tersenyum dan bersalaman dengan para tetamu yang datang pada majlis perkahwinannya.

Namun, tiba-tiba pengantin wanita yang memakai baju gaun berwarna coklat muda itu menjadi lemah serta tidak berdaya lalu hampir terjatuh sebelum tangannya dipegang oleh suaminya yang berada di sisinya

Dream.co.id, sebuah portal berita Indonesia baru-baru ini dipetik berkata persandingan kedua-dua mempelai itu sebelum kejadian amat meriah tetapi ia amat mengejutkan para tetamu dengan kejadian aneh yang menimpa ke atas pengantin wanita itu. 

Viral sebuah video tersebut dalam media sosial di negara itu.



Dalam video tersebut, kelihatan sepasang pengantin berpakaian warna choklat berada di pelamin.

Dipercayai pengantin wanita itu mengalami gangguan sehingga dia bernyanyi dan bercakap bersendirian lalu menyebabkan suaminya serta seorang lelaki lain terpaksa memegang tangan wanita untuk mententeramkan dirinya.

Bagaimanapun, pengantin wanita itu tetap melawan beberapa kali serta meronta-ronta agar tangannya dilepaskan.

Wajahnya kelihatan tegang dan tangannya kaku ketika dia sedang menari seorang diri.

Dalam masa yang sama, kadangkala wajahnya tersenyum tetapi kembali serius dengan wajah yang menakutkan.

Akhirnya, wanita tersebut dibawa turun dari pelamin oleh beberapa tetamu termasuk suaminya dan majlis persandingan pasangan pengantin itu terpaksa dihentikan.

Menurut Kompas.com lagi, semasa wanita itu tidak sedar diri kelihatan tingkah laku serta gelagatnya yang aneh seolah-olah bukan dirinya. 

Difahamkan, menurut sumber lain, tingkah laku pengantin wanita berubah secara mengejut dan ganjil ketika dia sedang bersanding dengan suaminya di pelamin dipercayai atas perbuatan kianat daripada mantan kekasih wanita itu

Percintaan wanita itu dengan bekas kekasihnya selama hampir dua tahun berakhir dengan perpisahan selepas kedua-dua ibu bapa wanita berkenaan tidak merestui rancangan perkahwinannya. - KitaReporters


KETIKA tidak sedar diri, pengantin wanita terpaksa dipegang oleh beberapa tetamu untuk dibawa turun wanita itu dari pelamin. - Kredit foto: Instragram

11
20
0
8
0
You will be interested