Kisah Insan 27 Sep, 2022

Video| Inilah cinta sejati! Lelaki miliki penyakit genetik nikahi wanita cantik! Semoga berkekalan!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2007 dan masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


CINTA ternyata lahir dari hati bukan daripada rupa, itu yang dinamakan cinta sejati!

Mungkin itu yang menjadi prinsip kepada seorang wanita cantik Indonesia, Shasha Puspita Dewi dari Sumatera Utara sudi menerima lamaran kekasih hatinya, Surya Manurung, jejaka yang mempunyai kelainan wajah akibat masalah genetik yang dihadapi sejak lahir.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan cinta sejati



Bukan dirinya seorang tetapi seluruh ahli keluarga menghidapi penyakit unik yang jarang dihidapi manusia di dunia ini. 

Tidak meletakkan rupa sebagai kriteria utama dalam meneruskan perkahwinan menjadi Shasha menerima cinta tersebut. 

Surya memiliki wajah unik berikutan mengalami masalah genetik yang disebut Sindrom Treacher Collins melahirkan rasa syukur selepas majlis perkahwinan bersama gadis pilihan hati itu selesai dengan sempurna.

Malah bersyukur dikurniakan seorang wanita cantik yang setia dan solehah dan mampu untuk bersama-sama dalam mengharungi kehidupan bersama.



“Alhamdulillah Ya Allah,” itu merupakan kapsyen ringkas seperti dipetik portal Tribunnews.

Berkongsi momen indah tersebut menerusi akaun TikTok miliknya selepas selesai disahkan menjadi suami kepada Shasha pada 23 September 2022, lalu.

Video perkahwinan Surya dan Shasha ditonton kira-kira 3.2 juta tontonan sekali gus menjadi perbualan orang ramai ekoran ramai yang sebak dan terharu melihat hari bahagianya. 

Pada majlis pernikahannya, Surya Marunung kelihatan segak dengan menggayakan busana tradisional Indonesia berwarna merah jambu  bersama kekasih halalnya.



Kisah Surya dari Sumatera Utara yang kerana mengalami masalah  kelainan genetik pernah menggegarkan dunia media sosial sebelum ini berikutan keadaan semua adik beradiknya yang berbeza dengan individu lain.

Sindrom yang dialami Surya bersama ahli keluarga merupakan sindrom genetik yang jarang berlaku kepada manusia.



Malah sindrom itu akan menjejaskan perkembangan muka, kepala dan telinga kanak-kanak sebelum mereka dilahirkan

Sebelum ini, nama Surya Manurung pernah menggegarkan dunia media sosial kerana kesemua ahli keluarganya mempunyai wajah yang unik.



Keluarganya dikatakan aktif membuat siaran langsung dalam media sosial sehingga mencuri perhatian warganet, malah video-video mengenai keluarga Marunung tular di merata tempat.

Semoga Surya dan Shasha bahagia dalam mengemudi bahtera rumah tangga, bahagia sehingga hujung dunia.

Selamat Pengantin Baharu daripada kami team KitaReporters! - KitaReporters

14
10
0
10
0
You will be interested