Dalam sesebuah majlis perkahwinan sudah menjadi kelaziman anggota keluarga dan para tetamu memberi sumbangan kepada pengantin sama ada berbentuk wang atau barangan hadiah untuk kegunaan rumahtangga.
Namun bagi satu pasangan pengantin di Cilegon, Banten, Jawa Barat, Indonesia mendapat kenangan abadi. Tanpa disangka pasangan ini menerima hadiah yang menjadi kenangan abadi.
Pasangan pengantin Kemas Andika (Dika), 24, dan Angesty Prawidyasari menerima sehektar kebun sawit dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Pajero Sport.
Pasangan pengantin ini dikatakan tidak tahu-menahu tentang pemberian hadiah tersebut sehinggalah ia diserahkan pada hari perkahwinan mereka di The Royale Krakatau Cilegon, Banten pada 13 Januari 2024.
Hadiah kereta Mitsubishi Pajero Sport itu merupakan pemberian nenek pengantin perempuan sebagai tradisi apabila cucunya berkahwin.
Sementara hadiah berupa geran tanah ladang kelapa sawit pula merupakan pemberian bapa saudara pengantin lelaki.
Andika dan isterinya berasa amat terkejut serta terharu dengan pemberian itu. Dika menggangap hadiah yang diberikan sebagai tanda kasih sayang keluarga kepada mereka.