Insan & Komuniti 03 Apr, 2024

Video| Hadiah umrah percuma! Jika tunai solat tarawih 20 rakaat! Cabutan bertuah setiap hari Ramadan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Terdapat pelbagai cara untuk mengalakkan orang ramai menjalankan solat tarawih di Indonesia.

Masjid Hanna Samsiah, Bulu-Bulu, Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan mempunyai cara tersendiri untuk mengalakkan jemaah untuk menunaikan solat tarawih sehingga 20 rakaat dan solat witir 3 rakaat.

Setiap hari masjid ini mengadakan cabutan bertuah dengan hadiahnya menunaikan umrah secara percuma. Setiap jemaah diberi kertas bergulung dan perlu mencatat namanya dan meletakkannya dalam sebuah bekas lutsinar.



Farida tidak menyangka menjadi salah seorang pemenang  umrah

Undian akan dilakukan oleh ahli jawatankuasa masjid setelah tamat solat tarawih 20 rakaat dan disaksi oleh para jemaah. Jika cabutan undian dimiliki jemaah yang sudah pulang ketika tarawih 8 rakaat, undian akan dibatal dan undian dilakukan semula. 

Dengan undian berhadiah umrah percuma itu, ia menggalakkan lebih ramai berminat untuk menunaikan tarawih 20 rakaat.

Umrah sebanyak 30 hari Ramadan itu disumbang oleh pasangan suami isteri dikenali sebagai Chaeruddin Hanna dan Suhari yang juga pewakaf bagi masjid itu.


Berita umrah percuma bagi Jemaah yang melakukan solat sunat tarawih ini tular setelah ia dimuat naik oleh akaun TikTok  @btari_farida, kemudian disiar semula oleh sejumlah media cetak dan elektronik di Indonesia.

Farida yang merakam video acara cabutan bertuah itu tergamam apabila mengetahui dirinya menjadi pemenang pada Isnin , 25 Mac 2024. - KitaReporters

10
13
0
12
0
You will be interested