Insan & Komuniti 30 Jul, 2022

Video| Kuasa tular! Pemuda 27 tahun sukar cari kerja! Perwatakan kanak-kanak! Raih simpati netizen!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MENCARI pekerjaan hari ini tidak seperti dahulu lagi yang perlu menapak dari satu lokasi ke lokasi sebaliknya semuanya di hujung jari. Sekiranya bijak membuat pilihan pasti bertimbun tawaran yang diperoleh.

Namun nasib tidak menyebelahi kepada seorang lelaki di China yang buntu mencari kerja.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan mencari pekerjaan



Walaupun puluhan tempat dia mencuba nasib namun rezeki tidak melekat kepadanya.

Semuanya kerana memiliki wajah dan keadaan fizikal seperti  seorang kanak-kanak sehingga menyebabkan dia sukar mendapatkan pekerjaan.

Memetik laporan Odditycentral.com pada 27 Julai 2022, Mao Sheng walaupun usianya mencecah 27 tahun namun dia kelihatan seperti kanak-kanak berusia 10 tahun

Malah setiap tempat yang dituju untuk mencari rezeki ditolak dan tidak yakin dengan kebolehan dirinya selain menganggap dia hanyalah seorang kanak-kanak.



Kebanyakan majikan tidak mempercayai lelaki dari wilayah Dongguan itu adalah pemuda berusia 27 tahun.

Situasi berkenaan menyebabkan pemuda itu sedih dan menyalah takdir hidupnya selain menganggap dirinya sebagai  sumpahan kerana ia menghalangnya daripada mendapatkan pekerjaan.

Lebih menyedihkan, rakan-rakan sebayanya dengan secara mudah mendapat pekerjaan.

Kongsinya dia mahu mencari pekerjaan bagi membantu meringan beban ayah yang semakin berusia dan sudah tidak larat lagi.


Kredit foto: Odditycentral.com


Bagaimanapun niat suci tersebut akhirnya membawa peluang kepada lelaki mulia tersebut selepas kisahnya tular dalam media sosial dan menjadi fenomena di China.

Semua berlaku selepas satu klip video yang menyaksikan Mao Sheng berdiri di sebatang jalan.

Menerusi perkongsian klip video tersebut, Mao Sheng mendedahkan dia gagal mendapatkan pekerjaan bagi membantu bapanya yang sedang pulih daripada penyakit strok.



Perkongsian Mao Sheng menyentuh hati jutaan rakyat China dengan kebanyakan mereka menyalahkan syarikat-syarikat yang enggan memberi peluang pekerjaan kepadanya hanya disebabkan rupa parasnya.

Tidak sampai 24 jam, dia menerima ratusan tawaran pekerjaan.

Terbaharu, sebuah video lain yang dikongsikan di Douyin, aplikasi video menyerupai TikTok mendedahkan lelaki 27 tahun itu kini  berjaya menerima satu daripada tawaran pekerjaan itu. 

Malah, pemuda itu menyimpan hasrat rezeki yang diterima boleh meringankan beban bapanya selama selain berhasrat 'teman sebilik' untuk  memulakan hidup berkeluarga. 

Inilah kuasa tular! Mampu mengubah nasib seseorang. - KitaReporters


19
7
0
13
0
You will be interested