Insan & Komuniti 27 Sep, 2023

Video| Ummati, ummati! Ucapan terakhir Nabi SAW? Sahih atau palsu? Ikuti penjelasan Ustaz Amin Idris!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. ๐Ÿ“ง: [email protected]

Share this

Perarakan sambutan Maulidur Rasul. - Kredit Foto: Wikipedia


Pada setiap 12 Rabiulawal bulan ketiga dalam takwin Hijrah, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Maulidur Rasul atau Maulud Nabi Muhammad SAW. Tarikh tersebut merupakan hari kelahiran junjungan besar umat Islam.

Pada tahun 2023 ini, hari tersebut jatuh pada Khamis, 28 September. Kebanyakan umat Islam khususnya di Malaysia akan memperingati hari tersebut dengan pelbagai aktiviti seperti perarakan yang diisi dengan selawat beramai-ramai, ceramah dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti keagamaan ini dilihat satu tradisi yang sangat bagus kerana ia melambangkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Namun, apa yang menyedihkan, setiap kali sambutan Maulidur Rasul, akan munculnya kisah-kisah palsu yang sering menjadi modal dalam pengisiannya.



Paling banyak disebut ialah ucapan terakhir Rasulullah SAW sebelum menghambuskan nafas terakhir yang menyebut "ummati ummati!"

Hal ini telah diulas oleh pengacara televisyen, penulis dan penceramah bebas, Amin Idris dalam Instagramnya. 

โ€œSetiap kali sambutan Maulidur Rasul, inilah antara kisah palsu yang sering menjadi modal dalam pengisian. Nabi tak pernah sebut ummati ummati ummati pada akhir hayat Baginda. 

"Bagi yang tidak menyebar kisah-kisah palsu atas nama maulid, bagus, terus istiqamah dan tak perlu terasa. Bagi yang pernah menggunakan kisah palsu, sama-sama perbaiki dan gantikan dengan yang sahih,โ€ jelasnya.

Tegas Amin lagi, ucapan terakhir tersebut tiada dalam mana-mana hadis yang muktabar. Salah faham ini berlaku kerana perkataan ummati pernah disebut Baginda dalam beberapa hadis lain tetapi tiada kaitan dengan peristiwa kewafatan Baginda.

โ€œSecara ringkas, berkenaan dengan perkataan โ€œummati, ummatiโ€ yang bermaksud "umatku, umatku" yang tersebar disebut oleh Nabi SAW ketika hampir wafat, kisah ini tidak didapati dalam sumber-sumber hadis yang muktabar di sisi Ahli Sunnah.

โ€œNamun, perkataan itu disebut oleh Baginda dalam beberapa hadis lain yang tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan Baginda. Antaranya hadis Riwayat Bukhari dan Muslim tentang syafaat pada hari akhirat yang menyebut bahawa Baginda menyebut โ€œWahai Tuhanku, Ummati, ummatiโ€,โ€ tulisnya.



Selian itu, timbul juga persoalan kenapa Rasulullah SAW tidak mengucap dua kalimah syahadah ketika meninggal seperti mana yang diajar oleh Baginda kepada umatnya. Menurut Amin, soalan ini sudah lama dijawab.

โ€œTimbul persoalan, kenapa Nabi tak mengucap pada akhir hayat Baginda? Soalan ini sudah lama dijawab oleh al-Hafiz Imam Ibnu Hajar al-Asqalani yang mana beliau menukilkannya daripada al-Suhaili bahawa di antara hikmah Nabi SAW mengucapkan kalimah โ€œ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽูููŠู‚ูŽ ุงู„ุฃูŽุนู’ู„ูŽู‰ (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi)โ€ sebelum Baginda SAW menghembuskan nafasnya yang terakhir adalah kerana kalimah tersebut mengandungi tauhid (iaitu mengesakan Allah) dan ia (tauhid) diucapkan di dalam hati.

โ€œIni menunjukkan rukhsah (keringanan) kepada orang lain bahawa tidak disyaratkan untuk mengucapkannya (kalimah tauhid) dengan lisan (lidah). 

"Kadang-kadang, sebahagian manusia tidak mampu atau terhalang daripada mengucapnya dengan lidah dan ini sebenarnya tidaklah memudaratkannya sekira hatinya terkandung kalimah tauhid tersebut,โ€ terangnya.

Isu ini turut diulas oleh portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2018 yang lalu.

โ€œUcapan terakhir Nabi SAW adalah โ€œุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽูููŠู‚ูŽ ุงู„ุฃูŽุนู’ู„ูŽู‰ (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi). Selain itu, tidak terdapat percanggahan sama sekali antara ucapan Nabi SAW yang terakhir ini dengan hadis yang menuntut agar dijadikan ucapan terakhirnya โ€œู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู   (Tidak ada Tuhan melainkan daripada Allah). Ini kerana, ucapan Nabi SAW telah mengandungi kalimah tauhid iaitu mengesakan Allah SWT,โ€ tulis kenyataan tersebut. - KitaReporters

13
15
0
14
0
You will be interested