Insan & Komuniti 19 Nov, 2024

Eratkan hubungan! Berikan sokongan! Kelab pesakit buah pinggang anjur Hari Keluarga Hemodialisis!

@mohd hussin che rus
Bekas jurufoto bebas bagi sebuah syarikat swasta yang kini menjadi mojo sambilan serta bergiat aktif dalam NGO. Beliau kini menetap di Langkawi. Emel: [email protected]

Share this

Pertandingan mewarna turut diadakan sempena hari keluarga yang dianjurkan. 


Menyedari sokongan ahli keluarga penting untuk membantu pesakit buah pinggang, Kelab Kebajikan Pesakit Buah Pinggang Pulau Langkawi (KKPBPPL) menganjurkan Hari Keluarga Hemodialisis pada 15 November 2024 lalu di Dewan Shifa Padang Mat Sirat Langkawi.

Pengerusinya KKPBPPL Saad Salleh berkata, program ini dianjurkan bagi menghimpun dan mengeratkan hubungan antara rakan-rakan yang menerima rawatan di Unit Hemodialisis Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.


Saad Salleh menyampaikan hadiah kepada murid yang menang dalam pertandingan yang dianjurkan.


‘Setiap minggu kami mendapat rawatan dan ditemani ahli keluarga untuk menghantar kami ke hospital tetapi hari ini kami berkumpul sambil bermesra sesama rakan-rakan dan keluarga mereka," ujarnya.

Saad menambah KPBPPL yang ditubuhkan ini  bertujuan untuk menjaga kebajikan dan menyebarkan penerangan kepada ahli kelab ini. 


Ahli keluarga yang menyertai program ini menerima hadiah dari pihak urusetia.

Pesakit buah pinggang yang hadir di majlis hari keluarga yang dianjurkan.

Dalam pada itu Setiausaha KKPBPPL, Muhamad Firdaus Mian yang ditemui berkata, program ini adalah sebahagian daripada aktiviti mereka selain daripada bertemu dan bertukar pandangan serta membawa makanan dan minuman setiap kali menerima rawatan di unit itu.

‘Keunikan kami ialah bukan sahaja menerima rawatan malah setiap kali hadir pastinya rakan-rakan akan membawa makanan dan minuman sambil berbincang dan bercerita," sambungnya lagi.

Sementara itu, Hari Keluarga Hemodialisis yang diadakan ini juga menyaksikan aktiviti senam sihat, pertandingan mewarna dan lain-lain termasuk mengadakan cabutan bertuah untuk mereka yang hadir. - KitaReporters


Hari keluarga mengeratkan hubungan antara mereka.

Penceramah jemputan Wan Azrin Shah Wan Adnan (kiri) menerima cenderamata daripada Saad Salleh.

12
13
0
9
0
You will be interested