Insan & Komuniti 31 May, 2024

Video| Doktor berhati emas! Bantu pesakit kurang mampu! Bayar seikhlasnya! Dengan sayur, buah, roti!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this



Doktor adalah kerja profesional dan ramai golongan ini membuka klinik sendiri bagi mendapat pendapatan lebih dan lumayan. Namun terdapat sejumlah anggota masyarakat yang tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana biayanya.

Dan amat jarang adanya doktor yang sanggup mengenakan bayaran seikhlasnya kepada pesakit. Namun syukur dalam dunia materialistik masih ada doktor berhati emas.


Dr Rinal Duhri, 34, yang berasal dari Aceh menyimpan impian untuk membantu masyarakat melalui bidang perubatan yang dipelajarinya. 

Ini kerana dia melihat banyak masyarakat yang memerlukan khidmat kesihatan, namun tidak dapat melakukannya kerana kekurangan biaya. 

Justeru, dia yang mempunyai klinik di Jalan Jatimulya Nombor 30 RT 02/04, Cilodong, Kota Depok, Jawa Barat memberi kadar bayaran semampu pesakitnya .

Dalam sehari tidak kurang 50 pesakit golongan kurang mampu datang untuk mendapatkan rawatan. Mereka memberikan bayaran yang jauh lebih rendah daripada bayaran sepatutnya.

Malah ada pesakit yang tidak mempunyai wang, membayar dengan barangan basah seperti buah-buahan, dan sayuran yang ditanam serta memberi roti dan makanan ringan.


Walaupun pendapatan yang diterima tidak seberapa namun Dr Rinal Duhri tetap berpuas hati berjaya memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Dia menyedari rawatan di klinik agar mahal dan berharap apa yang dilakunya menjadi pendorong sejumlah doktor untuk melakukan khidmat sedemikian.

Bagi penduduk daerah Depok sudah cukup mengenali Dr Rinal Duhri dan kliniknya.

Dr Rinal turut memberi khidmat ke rumah bagi merawat pesakit yang tidak mampu datang ke klinik.

Bagi Dr Rinal, kliniknya masih mampu bertahan kerana ia turut didatangi pesakit golongan mampu yang sedia memberi bayaran khidmat mengikut kebiasaan.

Dr Rinal mendapat pujian ramai setelah kisahnya dimuat dalam pelbagai media sosial dan media cetak dan elektronik di Indonesia. - KItaReporters

14
4
0
10
0
You will be interested