Insan & Komuniti 10 Jan, 2025

Insan kerdil, jiwa besar! 90cm tinggi! Ribuan penduduk dirawat! Bayaran murah! Isteri pembantu setia!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Ketelitian dalam merawat menjadikan Dr Xiao seorang doktor kesayangan penduduk kampung.


Tubuhnya kurang satu meter, tepatnya 90cm. Pertumbuhannya terbantut kerana mengalami sakit misteri ketika kanak-kanak. Kerana kekangan kewangan keluarganya tidak mampu memberi rawatan.

Menjadi orang cacat dan bukan daripada keluarga berada membuat Xiao Jiulin nekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan menanam Impian menjadi doktor bagi membantu golongan yang memerlukan.

Dr Xiao tidak mengendahkan dipandang rendah kerana tubuhnya yang kerdil


Akhirnya impian Xiao Jiulin menjadi kenyataan. Setelah mendapat gelaran doktor dan dikenali sebagai Dr Xiao Jiulin, dia membuka klinik di sebuah kawasan kampung di wilayah Jiangxi, Tenggara China.

Kerana niat asalnya untuk membantu penduduk kampung menjaga kesihatan, Dr Xiao membuka sebuah klinik kecil setelah mendapat pinjaman sebanyak 500 yuan (AS$69) kira-kira 30 tahun lalu.


Terdapat penduduk yang bersifat sinis kerana tidak percaya kemampuan doktor kerdil seperti dia. Namun Dr Xiao tidak kisah dengan tanggapan negatif itu, sebaliknya dia menawarkan rawaran pada kadar bayaran yang murah dan mudah. 

Bagi golongan yang tidak mampu pula, Dr Xiao tidak mengambil bayaran konsultasi. Malah turut memberi ubat percuma.

Usaha baik beliau itu, membuat semakin ramai penduduk yang datang mendapatkan rawatan daripada Dr Xiao.




Keadaan di klinik milik Dr Xiao dan cara dia bekerja


Di kliniknya, Dr Xiao terpaksa menaiki meja atau tangga untuk mendapatkan fail pesakit dan ubat-ubatan. 

Selain berkhidmat di klinik, Dr Xiao turut membuat rawatan bergerak ke rumah-rumah pesakit yang terlantar dan tidak mampu datang ke klinik.

Bagi tujuan rawatan rumah ke rumah ini, Dr Xiao mendapat bantuan padu daripada isterinya Huang Shuzhen. Si isteri akan membawa motosikal dengan Dr Xiao duduk di belakang. 



Dr Xiao jatuh cinta dengan wanita yang  cukup sifat, Huang Shuzhen, dan berkahwin dengannya 20 tahun lalu. Kini dalam usia sudah menginjak 60 tahun, Dr Xiao terus berbakti dengan orang-orang kampung.

Selain memberi rawatan dan ubat, dia turut sering memberi ceramah menjaga kesihatan.

Dr Xiao dan Huang Shuzhen hidup bahagia bersama dua cahaya mata. Kehidupan mereka kini menjadi perhatian penduduk China. 

Kisah doktor kerdil berjiwa besar ini mendapat liputan sejumlah laman sosial  dan media cetak dan elektronik.

Ia memberi inspirasi kepada masyarakat dan membuktikan menjadi doktor bukan untuk hidup senang, sebaliknya menggunakan ilmu kedoktoran untuk berbakti kepada masyarakat. - KitaReporters

Isteri menjadi pembantu setia Dr Xiao melakukan tugas dari rumah ke rumah
8
10
0
18
0
You will be interested