Insan & Komuniti 11 Apr, 2025

Video| Nak tunaikan haji naik basikal! Tapi hasrat Ustaz Katori terlerai! Tersangkut di perjalanan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Bagi umat Islam yang taat, mengerjakan Rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadat haji menjadi idaman.

Namun dengan jumlah umat Islam yang semakin bertambah Arab Saudi terpaksa mengehadkan jumlah jemaah haji setiap negara. nHanya beberapa negara diberi tambahan kuota berdasarkan hubungan baik dengan negara itu.


Kerana itu terdapat umat Islam di negara tertentu, Malaysia contohnya, terpaksa menunggu lebih 20 tahun untuk menunaikan haji setelah mendaftar.

Ini menyebabkan ramai umat Islam yang sudah mendaftar meninggal dunia sebelum sempat menunai ibadat haji.


Namun masih ada umat Islam yang menggunakan cara tertentu untuk menunai haji. Antaranya ialah masuk ke Arab Saudi melalui jalan darat dengan harapan dapat pas khas untuk menunaikan ibadat haji.

Justeru ada yang sanggup ke Arab Saudi dengan menaiki kereta, motosikal, basikal malah ada yang menaiki kuda.


Seorang guru agama bernama Ustaz Katori dari Desa Segeran, Kecamatan Juntinyuat, Kabupaten Indramayu. Jawa Barat melakukan perjalanan spiritual ke Tanah Suci pada Khamis, 20 Februari 2025 dengan menggunakan basikal tua (ontel) kesayangannya dengan doa restu daripada penduduk Kecamatan Juntinyuat.



Namun setelah 33 hari perjalanan, pada Rabu, 25 April, 2025 Ustaz Katori tiba-tiba muncul di kampungnya membuat masyarakat setempat terkejut.

Rupa-rupanya perjalanan Ustaz Katori tersekat di Pulau Batam.


Melihat keadaan Ustaz Katori yang sudah berusia 70 tahun tidak ‘fit’ (cergas) untuk berkayuh dalam jarak jauh membuat pihak pentadbir Batam tidak mengizinkan dia meneruskan perjalanan.

Sebaliknya Ustaz Katori dihantar pulang ke Indramayu dengan menaiki sebuah kapal ke Pelabuhan Tanjong Priok, Jakarta. Dan dari situ dia kembali berkayuh ke Indramayu.

Ustaz Katori kecewa tetapi terpaksa akur. Impiannya untuk menunai haji hanya tinggal hasrat. - KitaReporters

10
11
0
14
0
You will be interested