Insan & Komuniti 23 May, 2025

Video| Cinta itu buta! Tak kisah berbeza ketinggian! Tetap bercinta walaupun tak direstui keluarga!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.

Watch on TikTok


Pasangan kekasih dari Chongqing, barat daya China menjadi bahan sorotan media sosial kerana perbezaan tinggi badan mereka yang ketara. 

Si lelaki yang hanya dikenali dengan nama Zihao mempunyai ketinggian 1.68 meter (5.5 kaki) sementara pasangannya, Xiaoyue  menjulang, setinggi 2.2 meter (7.21 kaki). Kedua-duanya sudah menjalin hubungan selama dua tahun. 

Hubungan mereka tular setelah Xiaoyue mengumumkan kehamilan tiga bulan melalui sebuah video dalam media sosialnya pada awal Mei 2025.


Hubungan tidak direstui keluarga kerana perbezaan yang ketara


Mereka pertama kali berkenalan tiga tahun lalu ketika Xiaoyue membuat siaran langsung dalam media sosialnya dan Zihao meninggalkan komentar. Lalu bermulalah interaksi antara mereka yang menjebakkan mereka untuk bercinta.

Namun hubungan mereka tidak direstui keluarga kerana perbezaan ketinggian yang ketara. Dan sejumlah anggota masyarakat juga tidak merestui hubungan mereka.

Namun ia tidak mematahkan hubungan mereka, sebaliknya bertambah erat sehingga mengandung sebelum berkahwin. 

Zihao berjanji untuk menjaga Xiaoyue dan anak yang bakal lahir sebaik mungkin.



Pasangan ini merancang untuk mendaftarkan perkahwinan mereka pada Jun 2025, namun masih belum memikirkan untuk mengadakan majlis resepsi. 

Dalam satu lagi video, Xiaoyue menyatakan gugup untuk bertemu orang tua Zihao kerana tahu mereka sebelumnya tidak menyukainya. 

Dia juga menceritakan bahawa dirinya dibesarkan oleh datuk dan nenek nyadi kampung dan tidak mengenal kasih sayang orang tua. Lalu Xiaoyue berazam untuk memberi kasih sayang terbaik untuk anaknya yang bakal lahir itu. 



Menurut doktor yang merawat, janin yang dikandung Xiaoyue berkembang normal dan berpotensi mewarisi tinggi badan ibunya, yang diperkira boleh mencapai ketinggian dua meter apabila dewasa.

Kisah pasangan kekasih ini menimbulkan simpati dan sokongan meluas daripada netizen China. Salah satu komen berbunyi, “Senang melihat mereka saling mencintai. Semoga mereka hidup bahagia dan harmoni selamanya.” - KitaReporters


Pasangan ini tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

7
10
0
9
0
You will be interested