
Demikian kata Dr Fitri Haris dalam nukilan menerui akaun Facebook apabila memberi komen mengenai golongan profesional termasuk pakar perubatan, ustaz dan lelaki berusia 19 tahun yang menjadi antara 210 dalam operasi maksiat hubungan songsang di sebuah kelab kesihatan di kawasan Chow Kit pada 28 November 2025.
Dr Fitri berkata, pengalaman berkaitan gay pertama beliau ialah dengan seorang ustaz.
"Ya, ustaz betul, bukan ustaz TikTok. Dia tiba-tiba tanya saya: 'Fitri open minded tak?' Pastu hantar gambar XXX dia kat saya. Saya waktu tu terkejut macam baru kena siram air sejuk.
"Dalam kepala saya hanya ada satu ayat: ‘Ustaz… soalan tu bukan dalam silibus agama.’ Dari situ saya dah rasa lain macam rupanya bukan semua ustaz datang dengan fikrah lurus.
"Episod kedua: seorang Datuk. Yang ni lagi hebat. Setiap hari mesej manja… Lepas tu perlahan-lahan naik level jadi mesej pelik-pelik, lucah-lucah, emoji pun sampai saya sendiri tak pernah guna.
"Saya hanya mampu fikir: ‘Datuk, tolonglah… saya ni pensyarah, bukan operator hotline percintaan jam 12 malam.’Akhirnya… saya block. Terus tak sempat," katanya.

Kata Dr Fitri, yang anggota kumpulan nasyid terkenal, UNIC, dia benci gila puak puak macam ni. Benci sebab ia berlaku depan matanya dalam bentuk gangguan peribadi.
"Benci sebab ia disokong oleh orang yang masyarakat anggap ‘mulia’. Benci sebab ia merosakkan nilai, maruah dan akhlak. Dan paling saya benci bila diam tu orang anggap anda suka," katanya yang gembira apabila lihat lelaki-lekai berkenaan ditahan dalam Ops Songsang itu.
Tapi sayang seribu kali sayang, kepuasan hati terjejas atau kata lainnya, ramai netizen "sakit hati " membaca laporan akhbar semua 201 lelaki itu pula dilepaskan alasannya "kelemahan kes pendakwaan".
Dalam kata lain tiada kes boleh didakwa ke mahkamah. Apatah lagi, mereka tidak mengaku sebagai mangsa dan motifnya mudah saja, bila semua lelaki berkumpul tanpa ada wanita, mana timbulnya kes pelacuran atau khalwat.
Hasil operasi pengintipan dua minggu ke atas pusat kesihatan seolah-olah kerja sia-sia. Polis dalam satu kenyatan pada 30 November 2025, operasi tu gagal mengesan pelanggan yang mengaku jadi mangsa.
Nyaya lagi kalau yang terlibat itu upah peguam saman balik pasukan keselamatan menjejaskan ketenteraman mereka "bersenam".

Seorang peguam Zambri Mohd Isa mengulas juga dalam Facebooknya, pihak polis terutama Ketua Polis Kuala Lumpur "kena masuk kelas" balik kerana berdasarkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan, polis tidak perlu membuktikan adanya mangsa.
Ini kerana, katanya, peruntukan seksyen itu jelas menyebut bahawa dengan mengadakan consensus sexual intercourse (hubungan kelamin konsensus) sesama lelaki sudahpun boleh disabitkan kesalahan.
Katanya lagi, sepatutnya polis minta perintah reman segera untuk mendapatkan DNA semua dubur lelaki terbabit untuk doktor membuat pemeriksaan ada koyakan berlaku.
"Bila ditagging betul semua sample dan disamakan. Sekiranya terdapat DNA yang melekat di dubur yang terdapat kesan koyakan maka bolehlah didakwa di bawah Seksyen 377A," katanya.


Manakala seorang lagi peguam, Reina Lum pula berpendapat, isu itu perlu diuruskan dengan teliti kerana ia membabitkan semua lapisan masyarakat bukan golongan tertentu saja.
"Media lebih kepada usaha untuk mmenyerlahkan isu kumpulan tertentu. Siapa-siapa terlibat. Masyarakat kena teliti menguruskan isu ini daripada pendekatan agama dan undang-undang kerana bukan saja orang Islam terbabit tapi segenap lapisan.
"Daripada mereka yang berusia 19 tahun sehingga umur bersara 60 tahun. Lepas tu ada pula yang terbabit dengan isu Akta Imigeresen."

Wikipedia mencatatkan kes pertama yang dilaporkan warga songsang atau gay ini berlaku 2400 Sebelum Masehi apabila pasangan di Mesir tua, Khnumhotep dan Niankhkhnum ditemui dalam satu kubur.
Kemudian diceritakan dalam al-Quran kisah penduduk Sodom dan Gamorah yang waktu tu dipimpin oleh Nabi Luth tenggelam di Laut Mati kerana mengamalkan budaya gay.
Amalan itu kemudian berlaku di Greek dan Rom. Taiwan serta Thailand menjadi negara Asia pertama mengiktiraf perkahwinan sejenis itu.
Artis Hollywood yang pertama mengaku hidap HIV (Virus Kurang Daya Tahan Sakit) adalah Rock hudson.

Sehingga kini penularan wabak HIV dilaporkan meningkat daripada hubungan seks rambang yang dikatakan membabitkan 40-45 peratus lelaki yang mengaku mempunyai lebih daripada satu pasangan.
Kajian melaporan 80 peratus penduduk dunia adalah heteroseksual 3 peratus; gay, lesbian atau homoseksual (4%), panseksual atau omniseksual (1%) dan aseksual (1%).
Dan 7.6 peratus generasi-Z mengaku mereka adalah semua terbabit dalam senarai lesbian, gay, biseksual, transgender atau queer (kuira) atau LGBTQ yang disenaraikan itu.
Kini budaya perkahwinan Lavender juga menyebabkan penyakit itu merebak kepada isteri kerana dilaporkan gay adalah pengamal biseksual (mencintai wanita dan lelaki). - KitaReporters