Dalam membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah pada minggu depan, Surau Al-Ershad, Taman Kaya di Taiping mengadakan program gotong-royong membersihkan surau itu pada 8 Februari 2026.


Kebersihan menjadi amalan yang perlu supaya setiap surau dapat diperbersih dan diperindah sebagaimana yang dituntut dalam Islam.
Justeru itu seramai 50 orang jemaah menyertai program tersebut bermula jam 8 pagi hingga tamat pada 12 tengah hari. Kebersihan yang dijalankan membabitkan mencuci karpet, dapur dan persekitaran kawasan.
Usaha ini dapat merapatkan silaturrahim sesama sendiri. Ini kerana kerjasama tersebut perlu bagi membolehkan ahli jemaah dapat mengenali antara satu sama lain.


Tanggungjawab menjaga kebersihan surau bukan sahaja menjadi satu ibadah yang perlu dihayati.
Program tersebut berakhir pada jam 1 tengah hari dengan semua ahli jemaaah dapat menjamu selera selepas penat bergotong-royong.

Sementara itu, Projek Mural Art JKE (Jabatan Kejuruteraan Elektrik) yang dilaksanakan oleh kumpulan pelajar “Kampung Boys”, semester 5, Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (BET3A) Politeknik Ungku Omar (PUO) benar-benar menguji kreativiti pelajar.

Projek ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan kursus MPU34102: Khidmat Masyarakat yang bertujuan untuk membina sahsiah dan semangat tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.
Melalui projek mural ini, pelajar telah berjaya menceriakan persekitaran jabatan sambil menyampaikan mesej identiti, inovasi dan profesionalisme melalui sentuhan seni berkonsepkan teknologi dan kejuruteraan.
Pelaksanaan projek melibatkan fasa perancangan teliti, penyediaan bahan, proses melukis dan mewarna mural yang dijalankan secara berperingkat.
Usaha ini turut disokong sepenuhnya oleh pihak jabatan dan tenaga pengajar sebagai satu bentuk kolaborasi kreatif antara pelajar dan komuniti akademik.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Annuar Baharuddin berkata, mural ini bukan sahaja menambah nilai estetika ruang jabatan, malah mencerminkan aspirasi dan semangat pelajar dalam memartabatkan nilai kebersamaan serta kebanggaan terhadap bidang kejuruteraan elektrik.
Pengarah PUO, Dr. Salmi Che Meh turut mengucapkan tahniah kepada kumpulan pelajar atas inisiatif tersebut.
“PUO bukan sahaja menekankan khidmat masyarakat kepada komuniti luar, malah turut prihatin terhadap ruang-ruang yang boleh ditambah baik dalam institusi sendiri.
“Usaha seperti ini bukan sahaja menceriakan persekitaran, malah menyemai rasa tanggungjawab dan kecintaan pelajar terhadap institusi mereka,” katanya.

Sehubungan itu, PUO amat menghargai sumbangan idea, tenaga dan kreativiti semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.
Katanya, inisiatif sebegini diharap dapat diteruskan dalam memperkasakan semangat kolaboratif dan nilai-nilai murni dalam kalangan warga politeknik. - KitaReporters