Cuti panjang sekolah kali ini seelok-eloknya dimanfaatkan dengan pelbagai perkara yang bermanfaat termasuklah kemahiran yang boleh membentuk peribadi anak-anak.

Begitu juga dengan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, Farzidan Khan Akbar Khan bersama adiknya Fayyadh Khan Akbar Khan yang berusia 8 tahun dari Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya.
Syabas dan tahniah kepada Farzidan kerana tidak peduli pada panasnya api kuali masakan serta harus bergelumang dengan minyak setiap hari walaupun masih di bangku sekolah.


Bermula sebelum subuh, Farzidan dan Fayyadh sudah bersedia untuk bersama-sama ayahnya, Akbar Khan Abdul Hamid menyiapkan tepung diuli sebelum memasak dan menyediakannya untuk pelanggan.
"Saya mula belajar buat roti canai semasa cuti sekolah tahun lepas (2024). Walapun kuali dan dapur pasa tapi ia tidak jadi penghalang.
"Kini saya sudah mampu untuk membantu menyediakan antara 150 hingga 200 keping roti canai hasil tunjuk ajar datuk saya Abdul Hamid dan ayah saya sehingga kini," ujarnya ketika ditemui.

Manakala ayahnya, Akbar Khan berkata tujuan beliau adalah untuk mendedahkan kamahiran tambahan supaya anak-anaknya mampu berdikari selepas alam persekolahan nanti. - KitaReporters