Insan & Komuniti 29 Jul, 2020

Berjaya diselamatkan! Budak 7 tahun terjatuh ke lubang kecil

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KEGEMBIRAAN seorang datuk yang membawa cucunya berkelah di sebuah sungai berhampiran rumahnya di Yongjia, wilayah Zhejiang, timur China bertukar menjadi pengalaman pahit buatnya. Apa tidaknya ketika sedang leka bermandi-manda bersama cucu lelakinya yang berusia tujuh tahun hilang itu daripada pandangan matanya. : Kitareporters

PASUKAN enyelamat berjaya mengesan kanak-kanak berkenaan selepas melihat lambaian tangan kanak-kanak berkenaan yang terjerlus di sebuah lubang kecil bawah tanah di kampung Yongjia, timur China, baru-baru ini. - Kredit foto: Pasukan Penyelamat Zhingjiang.


Lagi cerita-cerita dari China:

https://kitareporters.com/tag/China


Memetik laporan Dailymail.com, warga emas itu bernasib baik kerana orang kampung bertindak pantas menghubungi pasukan penyelamat bagi menyelamatkan cucunya. 

Kanak-kanak lelaki berkenaan berjaya diselamatkan selepas pasukan penyelamat melihat kanak-kanak menggapai-gapai tangan selepas tersangkut di kawasan lubang kecil di bawah tanah.

Manakala beberapa lagi pasukan penyelamat yang lain bertungkus-lumus menggali lubang kecil berkenaan bagi mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.

PASUKAN BOMBA bertungkus lumus mengorek lubang bagi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.


Nasib baik cepat bertindak!

Menurut datuknya, dia sebelum itu mandi bersama cucunya namun tiba-tiba cucunya hilang daripada pandangan matanya sekali gus menyebabkan dia panik.

Datuk berkenaan cuba mendapatkan pertolongan daripada penduduk tempatan dan mengesan cucunya yang hilang.

Lebih mengejutkan apabila orang kampung yang membantu mencari cucunya menemui lambaian tangan cucu yang tersekat di sebuah lubang kecil di bawah tanah.

GALI LUBANG bagi keluarkan kanak-kanak malang yang terjerlus di lubang kecil bawah tanah.


Alamak camne boleh terjerlus ke situ!!

Orang ramai cuba membantu menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebelum menghubungi pasukan penyelamat bagi menyelamat kanak-kanak berkenaan.

Nasib baik tindakan pantas pasukan penyelamat yang bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya diselamatkan.

Semestinya datuk berkenaan menyesal dengan apa yang berlaku kepada cucunya. Semoga tiada keceraan yang serius berlaku kepada kanak-kanak berkenaan. - KitaReporters

 

 

2
6
0
0
0
You will be interested