Insan & Komuniti 12 May, 2020

Isa Isarb borong semua barang dalam kedai runcit! RM65,000!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) Fasa 1 pada 18 Mac 2020 sehingga sekarang, kita dapat melihat pelbagai bentuk bantuan telah diberikan kepada orang ramai sama ada petugas barisan hadapan, orang susah ataupun siapa sahaja yang memerlukan. Bermula dari orang biasa, sehinggalah public figura turut terlibat sama dalam misi bantuan mengikut cara mereka sendiri. : KitaReporters


Tapi kali ini, kita akan menyentuh seorang youtuber yang menghabiskan kira-kira RM75,000 demi membantu orang ramai dengan memberi barangan keperluan harian.

Bukan calang-calang orang yang berani untuk menghabiskan duit begitu banyak dalam masa sehari demi lakukan kebaikan. 

Salute Isa Isarb!!! 

Kredit video youtube Isa Isarb. 


Isa Isarb bukanlah nama yang asing dalam dunia youtuber malah baginya duit itu bukan masalah besar dan beliau juga bermain dengan duit begitu sahaja malah beberapa content beliau sebelum ini juga pernah menghabiskan duit beribu-ribu dalam masa sehari.

Dalam video yang dikongsikan oleh beliau dalam akaun YouTube miliknya, beliau telah membeli kesemua barang di dalam sebuah kedai runcit dengan harga RM65,000.


RM65,000 guys!! Tauke kedai tu mesti tidur lena atas duit hari itu. Kedai tutup lama pun tak apa!!

Beliau dan pasukannya telah menjalankan aktiviti memberi barangan keperluan harian kepada sesiapa sahaja yang memerlukan untuk mereka yang tinggal sekitar Sungai Buluh

Beliau juga telah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa NGO yang lain.


Namun begitu, barangan yang disediakan itu ternyata tidak mencukupi kerana terlalu ramai orang datang menyebabkan beliau terpaksa mengambil duit tunai sebanyak RM10,000 lagi dan memberi seorang RM100 untuk mereka yang tidak sempat menerima barangan yang disediakan


Ok baiklah, biasa kita lihat dalam drama atau movie untuk buat baik pasti akan ada halangan dari pihak tidak bertanggungjawab. 

Tapi dalam dunia realiti juga terjadi seperti itu apabila pasukan Isa Isarb telah diganggu oleh sekumpulan gengster sehari sebelum hari kejadian




Memikirkan keselamatan mereka dan orang yang akan datang mengambil bantuan, Isa Isarb mengambil keputusan membuat laporan polis dan meminta bantuan penduduk di sekitar kawasan tersebut bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan selamat serta lancar.

Apa pun, moga usaha murni Isa Isarb bersama pasukan beliau akan diberkati dan dimurahkan rezeki agar dapat membantu lebih ramai ornag di luar sana. - KitaReporters

62
7
3
2
5
You will be interested