MEREKA yang bekerja sebagai penghantaran makanan ini akan cuba sehabis baik menghantar makan kepada pelanggan biarpun terpaksa redah hujan dan dugaan dalam menghantar permintaan pelanggan itu.
Bagi mereka yang memesan makanan melalui penghantaran pula perlu banyak bersabar jika makanan itu sampai lambat kerana mereka juga manusia yang menghantar makanan melalui motosikal. : KitaReporters
Kalau mereka guna pintu Doraemon lainlah kerana pasti makanan itu akan sampai dengan pantas.
Barang atau makan sampai lambat itu kadangkala normal dan bukannya 100 peratus salah rider.
Jangan mintak order itu cepat sampai tanpa memikirkan orang lain serta keselamatan rider!!
Kredit foto: FB Mohd Fitri Western.
Melalui satu perkongsian dalam akaun Facebook (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1427024427485103&id=100005326780111), Mohd Fitri Western cuba menunjukkan tindakan biadab seorang komentar yang lebih memikirkan mengenai kepentingan diri sendiri tanpa fikir nasib orang yang menghantar makanan tersebut.
Tindakan pembuat komen itu menghina atau apa yang diperkatakan oleh beliau ini sememangnya tidak bijak, malah mengambarkan tindakan tidak profesional beliau.
Jika dilihat komen-komen beliau bersama beberapa netizen lain, pembuat komen itu tanpa segan silu atau rasa bersalah atas apa yang beliau komenkan, malah ia menganggap tindakannya itu betul sedangkan ia telah memburukkan namanya sendiri.
Kalau dilihat pada bahagian komen-komen, tindakan beliau ini telah menimbulkan kemarahan netizen. - KitaReporters