Insan & Komuniti 11 Dec, 2020

Ajlan sempat jumpa kawan! Sebelum maut dalam kemalangan moto!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

ALLAHYARHAM Datuk Ajlan Mohamad, 61, sempat bertemu seorang rakannya sebelum motosikal yang ditunggangnya, yang berjenama Harley-Davidson, terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Pandan Jaya, Setiu, Terengganu hari ini, Jumaat 11 Disember 2020. : KitaReporters 


MAYAT Ajlan Mohamad berada di tepi jalan selepas meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kampung Pandan Jaya, Setiu, Terengganu, Jumaat 11 Disember 2020.


Lagi kisah-kisah berkaitan kemalangan:

https://kitareporters.com/search?search=kemalangan


Dalam kejadian yang berlaku membabitkan dua kenderaan pada kira-kira pukul 11.35 pagi itu, mangsa yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) meninggal dunia di tempat kejadian.


Ajlan Mohamad

MOTOSIKAL berkuasa tinggi jenama Harley-Davidson yang dinaiki Ajlan.


Sebelum itu, Allahyarham dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Jebal, Kuala Nerus, Terengganu selepas bertemu seorang rakannya di Kampung Fikri, Setiu untuk berbincang urusan perniagaan mereka. 

Seorang rakan mangsa berkata, arwah terbabit kemalangan jalan raya tersebut selepas kira-kira lapan minit mangsa bertolak  dari Kampung Fikri untuk pulang ke rumahnya.


BAHAGIAN belakang kereta Proton Iswara rosak selepas dirempuh oleh motosikal Ajlan dalam kemalangan jalan raya di Kampung Pandan Jaya, Setiu, Terengganu pada Jumaat, 11 Disember 2020. 



Menurut rakan itu lagi, akibat perlanggaran tersebut, mangsa yang sudah bersara dari TTITC sejak September 2019 tercampak  di tepi jalan kira-kira lima meter dari tempat kejadian. 

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi yang dibawa oleh Ajlan itu hilang kawalan sebelum melanggar di bahagian belakang kereta Protan Iswara yang sedang membelok ke sebelah kanan simpang Kampung Pandan Jaya. 



Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata, pemandu kereta itu yang berusia 55 tahun dan tinggal di Kampung Pandan Jaya tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Menurutnya, mayat Allahyarham dibawa ke Hospital  Daerah Setiu untuk dibedah siasat dan kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan  Jalan (APJ) 1987. 

Al-Fatihah disedekahkan kepada Allahyarham Ajlan Mohamad semuga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. - KitaReporters

0
0
8
0
0
You will be interested