SIAPA yang tidak mengenali Lazada? Sebuah platform beli belah dalam talian (online) yang membekalkan pelbagai produk barangan rumah, elektrik, kesihatan, fesyen, permainan, kecantikan dan sukan; Pendek kata "macam-macam ado". Lazada dimiliki oleh Alibaba Group yang berpengkalan di Singapura. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembelian online:
https://kitareporters.com/search?search=pembelian+online
Lazada yang diasaskan pada 2012 merupakan sebuah perniagaan berkonsepkan elektronik dagang atau e-dagang.
Cukup sekadar sebuah telefon bimbit yang mempunyai kuasa penuh dan wang berbaki di bank, cuci-cuci mata semalaman pun tidak mengapa alasannya "tengok-tengok aja" sementara mata ralat meneliti produk pilihan dan jari terus menerus menatal paparan di skrin!
Satu jam kemudian pasti ada barangan yang terisi dalam troli pembelian maya sekecil-kecil barangan seperti gincu sehinggalah sebesar-besar barangan seperti kasut atau periuk antilekat.
Namun ada sesuatu yang menarik perhatian apabila sepasang kanak-kanak membuat ramai penonton ketawa terbahak-bahak dengan aksi spontannya menjawab pertanyaan berkaitan "makwe" dan "Lazada".
Situasi itu berlaku di dalam sebuah kereta apabila seorang pemuda bertanyakan soalan berkaitan perkahwinan kepada seorang budak kecil perempuan.
Jawapan yang diberikan dicelah oleh adik lelakinya yang tidak mahu berkahwin dengannya dan memberitahu bahawa dia sudah mempunyai serta memiliki seseorang.
Apabila ditanya siapakah gerangan "seseorang" yang dimaksudkannya, budak tersebut lantas menjawab dengan bersahaja "aku dah ada makwelah! Aku dah order dah Lazada."
Gelagat spontan itu membuatkan pemuda itu geli hati dan tertawa tidak kering gusi lalu menjawab "apa pula kau order makwe kau kat Lazada".
Sehingga ke hari ini rakaman video itu telah dikongsi oleh ramai pelayar Facebook serta menerima ribuan orang yang mengetik suka.
Sekali gus secara humornya menjelaskan perniagaan dalam talian yang diperkenalkan Lazada kononnya tidak terhad kepada barangan keperluan harian malah turut dijadikan platform untuk mencari calon kekasih.
Keletah seorang kanak lelaki menghiburkan netizen di Malaysia
Perkongsian dimuat naik pengguna Facebook @nurr nanadiahh itu menerima ratusan maklum balas nakal netizen yang mengatakan terdapat pilihan "makwe" mengikut cita rasa, kemampuan dan gred pemilikan.
Sambung netizen lagi pilihan kategori status "makwe" yang hendak dipilih juga tidak terbatas kepada dara atau janda, malah kaya dan miskin turut dibekalkan dalam Lazada.
Kelakar wei!
"Nak buat pesanan jugalah, ada percuma penghantaran tak dik.
"Kelakar! memesan lazada sahaja, aku risau apek memilih awek dia di Lazada juga.
"Adik nak link penghantaran percuma tak??
"Tia Holmes, tolong orderkan makwe dalam lazada boleh tak", respons para netizen berjenaka.
Respons daripada pelayar-pelayar Facebook
Dunia yang rancak membanggun dan maju ketika ini menjadikan keperluan dan kehendak harian mudah didapati dengan hanya "klik" di hujung jari, ke semuanya ada dan tersedia.
Waktu pandemik Covid-19 yang menghantui berbillion-billion penduduk dunia hari ini tidak membataskan aktiviti belian secara dalam talian dilakukan walaupun terkurung dalam gua sekali pun.
Formulanya adalah hanya memerlukan Internet, sebuah telefon bimbit, wang dan cita rasa sahaja.
Ketik! Ketik! Pembelian dijalankan, penghantaran sedang diproses dan hanya menunggu dua atau tiga hari barang akan sampai di hadapan pintu rumah.
Namun sebagai pelanggan tegar pembelian maya secara kerap dan raksasa pastinya akan mengetahui pro dan kontra dapatan barang seusai di terima, memuaskan atau sebaliknya.
Beringatlah! kaedah pembelian dalam talian sebenarnya bukan mengajar kita untuk bermalas-malasan sedar atau tidak pembelian secara manual dan tradisional lebih memuaskan hati kita yang mempunyai peel dan kemahuan yang bermacam ragam.
Oh ya! Bercakap mengenai mencari kekasih secara dalam tidak salahnya, tetapi haruslah berjaga-jaga manalah tahu individu itu perogol, penjenayah memperdagangkan manusia atau "bapak ayam".
Kelak! pastinya anda akan merana sepanjang hidup, nauzubillah.
Seperti kata nabi, carilah pasangan anda dengan melihat dari jalur keturunannya, budinya, imannya, solatnya dan menjadi sesuatu tambahan jika dia ada rupa dan sedikit harta.
Kalau dalam talian mahu melihat apa?? Keseronokan dan kesempurnaan sesaja tidak cela di mata.
Apa-apa pun sentiasa berwaspada ya.
Dik! Mari sini sekejap, abang nak tanya selain Lazada kat mana lagi boleh order makwe?? Food panda?? Grab?? Shopee?? ... - KitaReporters