Insan & Komuniti 09 Jan, 2021

Video| Penerbangan terakhir! Pramugari Filipina mati dirogol bergilir-gilir oleh 11 lelaki?

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

DUA hari sebelum kematiannya, seorang pramugari Philippine Airlines (Penerbangan Filipina), Christine Angelica Dacera, 23, sempat memuat naik gambarnya yang berada dengan sebuah pesawat dalam laman Facebooknya pada 28 Disember 2020 lalu dengan mengatakan bahawa itulah penerbangan yang terakhir buatnya. : KitaReporters 



GAMBAR terakhir yang dimuat dalam Facebook Christine Angelica Dacera pada 28 Disember 2020 sebelum pramugari itu disyaki dirogol oleh 11 lelaki di Makati, Manila, Filipina pada 31 Disember 2020. - Kredit foto: Philippine Airlines


Lagi kes-kes jenayah berkaitan rogol:

https://kitareporters.com/search?search=rogol


Namun rakannya setugasnya dengan syarikat penerbangan udara beribu pejabat di Makati, Manila itu tetap menganggap perkataan seperti itu (penerbangan terakhir) adalah gurauannya kerana mangsa seorang peramah dan mudah mesra sesiapa sahaja. 

Bagaimanapun, pramugari itu secara berseloroh berkata itu adalah penerbangan yang terakhir sepanjang kerjayanya dengan Philippines Airlines.


CHRISTINE ANGELICA DACERA 


Dalam gaya gambarnya yang dimuat naik dalam laman media sosial, Christine yang memakai sut PPE bersandar pada pesawat terbabit seolah-olah mangsa mengetahui dia akan pergi buat selama-lamanya. Kematiannya dipercayai berpunca sebab disyaki dirogol secara bergilir-gilir oleh 11 lelaki. 

Menurut laporan Daily Star, apa yang menyedihkan kejadian berkenaan didalangi tiga suspek lelaki yang merupakan kenalan Christine sendiri, manakala lapan lagi suspek lelaki adalah kawan kepada suspek-suspek tersebut. 

Berita kematian itu amat mengejutkan dunia penerbangan kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di Bandar Makati, Filipina selepas mangsa bersama rakan-rakannya menyambut tahun baharu 2021.


 

Kredit Foto : Philippine Airlines


Pramugari yang mempunyai perwatakan menarik itu begitu gembira menyambut ambang tahun baharu dengan rakan-rakannya tanpa menunjukkan sebarang keganjilan pada malam kejadian di hotel berkenaan. 

Namun tidak disangka pula sambutan ambang tahun baharu yang meriah itu berakhir dengan tragedi duka apabila tiga jam selepas itu, Christine ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di bilik mandi oleh rakannya sebelum mangsa dihantar ke hospital, tetapi doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa berada di hotel.


CHRISTINE bergambar dalam pesawat Philippine Airlines


Daily Star dipetik berkata, Ketua Polis Bandar Makati, Kolonel Harold Depositar memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan kematian pramugari itu pada 31 Disember 2020 lalu adalah berpunca mangsa disyakidirogol secara bergilir-gilir oleh 11 suspeks terbabit.

Ini kerana, katanya, hasil pemeriksaan doktor ke atas mayat mangsa mendapati kesan koyakan serta sperma pada kemaluan mangsa di samping kesan cakaran dan lebam pada badan pramugari itu. 

``Polis menahan 11 suspek terbabit kerana mereka merupakan orang-orang yang terakhir bersama Christine pada malam kejadian tersebut. 

``Kes tersebut diklasifikasi sebagai kes rogol dan bunuh kerana polis juga menjumpai beberapa barangan terlarang di tempat kejadian,’’ kata Harold. - KitaReporters


8
3
22
5
12
You will be interested