Insan & Komuniti 07 Jun, 2021

Malapetaka kali kedua! Mayat mangsa Covid-19 dibuang ke Sungai Ganga! Jadi hidangan anjing liar

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SEEKOR anjing liar telah memakan sebahagian daripada anggota badan mayat mangsa Covid-19 yang terdampar di Sungai Ganga (Sungai Ganges), India. - Kredit foto: Mirror UK


PENDUDUK yang tinggal berhampiran dengan Sungai Ganga atau Sungai Ganges, India menjadi gempar apabila melihat berpuluh-puluh mayat dipercayai pesakit Covid-19, yang dikatakan dibuang oleh ahli keluarga, menjadikan hidangan makanan kepada anjing-anjing liar yang berkeliaran. 

Perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu dipercayai dilakukan oleh ahli keluarga mangsa virus tersebut yang mengambil jalan mudah dengan membuang mayat tanpa membakarnya atau belum sempurna dibakar ke dalam sungai sebelum dihanyut arus sehingga terdampar di pinggir sungai dan kemudian menjadi hidangan haiwan liar itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan India

ANJING liar memakan anggota badan mayat yang ditemukan di tepi sungai. - Kredit foto: Mirror UK


Ini kerana ahli keluarga mangsa covid-19 terbabit tidak mahu membakar mayat mangsa pandemik berkenaan kerana dikatakan kos kayu untuk urusan pembakaran mayat bertambah mahal sejak akhir-akhir ini

Laporan portal Mirror UK pada 2 Mei 2021 lalu dipetik berkata, penduduk di Utarkashi, Uttarakhand menyaksikan beberapa ekor anjing liar itu mengigit dan memakan tubuh manusia yang terdampar di tepi sungai itu.

Mereka turut melihat mayat-mayat yang dipercayai mangsa Covid-19 yang sebahagian tubuhnya terbakar terapung-apung di permukaan air dibawa oleh arus sungai.

Penduduk bimbang jika kejadian itu diatasi secepat mgkin kemungkinan  Covid-19 akan menjadi mala petaka terhadap rakyat di negara itu kerana virus itu boleh merebak dengan meluas melalui air sungai dan haiwan-haiwan liar berkenaan. 


Kredit Foto : Mirror UK


India berdepan dengan angka kematian Covid-19 yang semakin meningkat ketika ini yang menyebabkan mayat-mayat pesakit terbabit dibuang ke dalam sungai di India yang dilakukan oleh ahli keluarga mangsa yang tidak berkemampuan.

Berbanding sebelum ini, mayat-mayat yang meninggal dunia akibat Covid itu akan dikumpulkan di lokasi –lokasi yang dikhaskan sebelum pihak berkuasa membakarnya.

Laporan Mirror juga dipetik berkata, India kini menghadapi gelombang ketiga Covid-19 dengan mencatat rekod kematiannya di antara 3,000 hingga 4,000 orang setiap hari yang sekali gus menjejaskan perkhidmatan kesihatan serta pengurusan pembakaran mayat di negara itu.



Penduduk di Uttarkashi, Uttarakhand, India telah menyaksikan beberapa ekor anjing liar sedang mengigit dan memakan tubuh manusia yang terdampar di tepi sungai itu. 

Selain itu, mereka juga melihat beberapa mayat yang separuh dibakar terapung di permukaan air dihanyutkan oleh arus Sungai Bhagirathi.

Penduduk bimbang bahawa virus itu akan menjadi mala petaka terhadap rakyat di negara itu  jika pihak berkuasa tidak mengatasinya kerana ia boleh merebak secara lebih meluas melalui air sungai atau pun anjing-anjing liar yang  sentiasa berkeliaran di tepi sungai untuk mencari makanan daripada tubuh manusia  itu.

Laporan itu juga menyebut pada 11 Mei 2021 lalu, terdapat berpuluh-puluh mayat di pinggir Sungai Ganga iaitu di Uttar Pradesh dan Bihar.


Mayat-mayat dikesan terdampar dalam dan di tepi sungai. - Kredit foto: Times of India


Sementara itu, Presiden Pihak Berkuasa Tempatan, Ramesh Semwal berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai tentang perkara itu dan telah mengarahkan pekerjanya untuk membakar semula mayat yang separuh terbakar yang dihanyut di sungai.

``Dalam beberapa hari yang terakhir ini, jumlah kematian pesakit Covid-19 semakin meningkat di daerah kami.

``Saya juga mengetahui ada mayat yang tidak dibakar dengan sempurna lalu saya menyuruh petugas untuk mencari mayat-mayat yang sebahagiannya dibakar itu yang dihanyut di sungai,’’ kata Ramesh. - KitaReporters


SEORANG petugas sedang memeriksa mayat yang berada di tepi Sungai Ganga, India. - Kredit foto: Mirror UK

1
0
3
0
13
You will be interested