Insan & Komuniti 06 Jun, 2020

Covid-19: Ada zon merah, merah gelap! Surabaya zon hitam!!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

JIKA di Malaysia hanya ada tiga kategori penanda aras kawasan yang dijangkiti Covid-19 iaitu hijau, kuning dan merah, tetapi di Indonesia ada satu lagi kategori dikenali sebagai 'kawasan hitam'. Di Malaysia, kategori hijau bagi kawasan yang dianggap bersih Covid-19, kuning kawasan berjaga-jaga dan ketiga merah kawasan bahaya di mana catatan kes melebihi lima puluh. KitaReporters

SURABAYA ibu negeri Jawa Timur kini dikategorikan sebagai 'kawasan hitam' Covid-19. - Kredit foto: Google.


'Kawasan hitam' di Indonesia bermakna lebih berbahaya berbanding 'kawasan merah' di negara ini. Ia menggambarkan teruknya penularan wabak Covid-19 di kawasan berkenaan.

Inilah nasib yang menimpa bandar raya Surabaya di Jawa Timur yang kini sudah dikategorikan sebagai 'kawasan hitam' Covid-19.

Sehingga 2 Jun 2020, Surabaya mencatatkan 2,748 kes Covid-19 dan 253 kes kematian, menjadikan ia 'pusat penularan' Covid-19 di Jawa Timur kerana angka jangkitan dan kematian yang tinggi.

Bandar raya Surabaya bertanda hitam menandakan 'kawasan hitam' Covid-19. Dua wilayah lain itu Gresik dan Sidoarjo pula bertanda merah gelap, menandakan jangkitan di kedua-dua wilayah tersebut juga serius. - Kredit foto: Tribun Palu.com


Secara keseluruhannya, Jawa Timur mencatatkan angka kedua tertinggi jangkitan Covid-19 di seluruh Indonesia selepas Jakarta dengan 5,132 kes dan 418 kematian.

Dengan lebih separuh daripada kes jangkitan Covid-19 dan angka kematian dicatatkan di Surabaya, tidak hairanlah bandar raya itu dikategorikan 'kawasan hitam'.

DR. Joni Wahyuhadi, Ketua Unit Kerja Covid-19 Surabaya. - Kredit foto: brain tumor Indonesia.


Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Unit Kerja Covid-19, Dr. Joni Wahyuhadi, yang juga doktor pakar saraf, kawasan yang mencatatkan jumlah tinggi Covid-19 akan dikategorikan sebagai 'kawasan merah'.

Bagaimanapun sekiranya angka jangkitan kian bertambah kawasan tersebut akan bertukar menjadi 'kawasan gelap'

Jika angka jangkitan terus juga meningkat ia akan dikategorikan sebagai kawasan hitam.

Menurut Dr Joni, selain Surabaya sebagai 'kawasan hitam',  sejumlah 37 lagi kawasan di Jawa Timur dikategorikan sebagai 'kawasan merah'. 

Antaranya Sidoarjo dengan 683 kes dan 59 kematian serta Gresik dengan 183 kes dan 20 kematian.

SEORANG pengawal keselamatan memeriksa suhu badan seorang pengunjung di Pusat Beli Belah World Trade di Surabaya, yang kini merupakan 'kawasan hitam' Covid-19. - Kredit foto: Antara/Zabur Karuru.


Untuk rekod, Surabaya ialah ibu negeri Jawa Timur dan bandar raya kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta.  

Bandar raya tersebut mempunyai lebih tiga juta penduduk di persekitaran bandar raya dan lebih 10 juta di keseluruhan metropolitan Surabaya, menjadikan metropolitan kedua terbesar selepas Jakarta.

Selain terkenal dengan pelabuhannya, menurut Agensi Perancangan Pembangunan Indonesia, Surabaya ialah antara empat buah bandar raya pusat utama di Indonesia selain Jakarta, Medan dan Makassar. - KitaReporters

PEMADANGAN bandar raya Surabaya pada waktu malam. - Kredit foto: Wikipedia.

0
2
1
1
0
You will be interested