Insan & Komuniti 11 Jul, 2020

Terpisah waktu kecil! Temu jodoh pada Sukan Para ASEAN di KL

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

TARIKH 10 Julai 2020 pasti akan menjadi hari paling diingati bagi pasangan muda ini setelah selamat diijabkabulkan.  Malah pasangan ini juga pernah viral dan mendapat perhatian media ketika itu dek kerana majlis pertunangan yang diadakan ketika itu secara serba ringkas. : KitaReporters 


Kredit foto: Twitter @Suuuuee. 


Untuk makluman mungkin ada yang belum tahu, pasangan Suffi Mazatulnizam dan Anas Zul Amirul Sidi merupakan atlet paralimpik Malaysia dalam acara renang

Suffi juga merupakan pelajar IPTA dalam bidang Komunikasi Massa. 

Kredit foto: Twitter @Suuuuee. 


Apa yang menarik mengenai kisah cinta mereka ini adalah detik pertemuan yang membawa hingga ke jenjang pelamin

Benarlah orang kata, aturan Tuhan itu sangat hebat. 

Pernah berjiran ketika waktu kecil sebelum terpaksa berpindah dan berpisah seketika. 

Namun siapa sangka apabila, buat pertama kali setelah sekian lama, bertemu semula ketika menjadi sukarelawan Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur

Kalau sudah jodoh memang tidak ke mana!!! 

Kredit foto: Twitter  @_mp_nas29


Bagi Anas pula, perasaan hiba tidak dapat ditahan apabila menitis jua air mata 'jantan' setelah selamat berkahwin. 

Air mata kegembiraan orang kata. Sapa tak gembira kawin oiiii!!!!! 

Kredit foto: Twitter @_mp_nas29


Pasangan ini telah bertunang pada April tahun lepas dan ingin adakan majlis perkahwinan pada hujung tahun itu juga tetapi mungkin disebabkan beberapa perkara, hal itu tidak dapat dilaksanakan.

Siapa sangka, hikmah PKPP ini juga membolehkan mereka adakan majlis ini dengan selamat.


Moga ikatan perkahwinan ini akan memberi rezeki kepada kalian terutama untuk Anas dalam bidang sukan untuk memburu lebih banyak kejayaan bersama skuad kebangsaan. - KitaReporters

6
4
1
0
0
You will be interested