DRAMA bersiri keluarga paling berpengaruh bagi saluran Astro untuk dua musim, sekali gus melayakkannya menjadi Siri Televisyen Komedi Terbaik bagi Anugerah Lawak Warna selama dua tahun berturut-turut kini kembali menerusi filem, Keluarga Iskandar The Movie (KITM). : KitaReporters
Drama bersiri Keluarga Iskandar kini dipersembahkan dalam bentuk filem dan boleh ditonton di Astro First, mulai 16 Julai 2020 ini.
Buat mereka yang rindukan keluarga besar Mak Jah bersama anak-anak serta cucu bolehlah meriuhkan ‘pawagam’ di rumah anda, menerusi Astro First saluran 480 mulai 16 Julai 2020.
Meskipun awalnya, ia dirancang untuk tayangan di pawagam, namun istimewa buat penonton Astro boleh menonton kesimbungan siri komedi ala mockumentary ini buat pertama kali.
Mockumentary
bermaksud, filem atau program televisyen yang berbentuk seakan-akan sebuah
dokumentari dengan nada tidak serius untuk mengulas subjeknya.
Menariknya, KITM terbitan KL Motion Pictures Company Sdn. Bhd., akan merungkai segala persoalan yang tergantung dalam siri sebelumnya.
Selain itu, ia dipadatkan lagi dengan babak-babak yang mampu membuat penonton tidak senang duduk, tak kering gusi dan juga menitiskan air mata.
Ternyata
pengarah dan penerbit eksekutif, Wan Hasliza Wan Zainuddin berjaya
menggandingkan kesemua elemen ini dan menggarapnya menjadi satu naskhah yang
mampu meninggalkan kesan kepada penonton.
Kismah Johar sebagai Mak Jah dalam drama dan filem Keluarga Iskandar The Movie.
“Saya dan produksi mengambil keputusan untuk
menghasilkan sebuah filem bagi menjawab segala persoalan yang tercetus dalam
episod pada penghujung musim kedua Keluarga Iskandar.
“Justeru,
saya berharap kemunculan filem ini dapat mengubati rindu peminat serta menarik
peminat baharu yang sebelum ini tidak pernah menonton drama siri ini,” jelasnya
tentang filem yang menjalani penggambaran selama 24 hari di sekitar Selangor
dan Johor Bahru.
Sementara
itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad
melahirkan rasa berbesar hati kerana pihaknya diberi kepercayaan untuk membawa
filem KITM terus kepada penonton.
Dua pelakon cilik yang turut berlakon dalam Keluarga Iskandar The Movie.
Katanya, peranan
Astro Shaw dalam menyediakan platform kepada pemain industri tanah air untuk
mempersembahkan karya mereka kepada kelompok sasaran semakin kukuh.
“Pihak kami
sentiasa menyediakan rangka pemasaran yang inovatif seterusnya memastikan
kepuasan penonton sentiasa berada pada paras yang terbaik menerusi sajian penuh
variasi yang disediakan.
“Meskipun keadaan sekarang ini menyaksikan orang ramai telah kembali sibuk dengan rutin harian, namun sambutan tayangan filem di Astro First masih positif.
"Buktinya, filem terdahulu iaitu Town Mall, Syif Malam Raya, Ada Apa Dengan Dosa dan Manap Karaoke masih utuh mengungguli carta filem Astro First,” katanya.
Kali ini,
katanya, Astro Shaw membawakan sebuah filem komedi kekeluargaan. Lebih
mengujakan, jenama Keluarga Iskandar sememangnya dekat dengan penonton Astro.
Anita Baharum sebagai Kak Teh yang merupakan pelakon asal Keluarga Iskandar.
“Ini dapat
dilihat menerusi momentum drama siri popularnya yang pada awalnya ditayangkan
di saluran Astro Prima, manakala bagi musim kedua di saluran Astro Warna.
“Kami yakin
ramai yang ternanti-nanti akan kemunculan semula Keluarga Iskandar, lebih-lebih
lagi apabila banyak persoalan yang ditinggalkan pada pengakhiran musim kedua,”
jelas Raja Jastina.
Tambahnya, kemunculan KITM akan menjawab segala tanda tanya peminat. Malah, buat penonton baharu masih boleh menikmati filem ini kerana Astro Shaw merasakan KITM adalah sebuah karya yang baik di mana ia mempersembahkan realiti kehidupan dan karakter-karakter yang dekat dengan masyarakat di samping menerap nilai murni yang mampu dijadikan pengajaran.
Beliau berharap KITM yang menampilkan runut bunyi
Berdiri, dendangan dan ciptaan Rashidi Ishak itu dapat menghiburkan penonton
serta mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.
Jalan cerita Keluarga Iskandar dekat dengan kehidupan masyarakat seharian.
Sebahagian besar barisan pelakon KITM adalah pelakon-pelakon asal siri kegemaran ramai itu.
Antaranya, ialah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Selain itu,
ia turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas para pelakon lain seperti
Nabila Razali, Ajak Shiro, Faiz Dickie, Zarina Zainuddin, Amy Mastura, Razak
Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazri dan Shahkimin.
Hiera Hassan dan Zain Hamid sebagai Acu dan Alan.
Temui
karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke
pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (dua hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw. KitaReporters