Kisah Insan 19 Sep, 2020

Cinta abadi! BCL buktikan cintanya terhadap Ashraf Sinclair!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malayisia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga berugas dengan beberapa media lain

Share this
JIKA selebriti Ashraf Sinclair masih hidup, dia menyambut ulang tahun ke-41-nya semalam, 18 September 2020. Walaupun Ashraf (Asraf Daniel Mohammed Sinclair) sudah mengadap Illahi pada 18 Februari 2020, namun kecintaan si isteri, Bunga Citra Lestari (BCL), 37, tetap abadi. : KitaReporters

Kemesraan Ashraf dan BCL yang dicemburui ramai selebriti di Indonesia. - Kredit foto: IG BCLsinclair

Lagi cerita-cerita berkaitan Ashraf Sinclair:

https://kitareporters.com/search?search=ashraf+sinclair


Meskipun tanpa kehadiran Ashraf di sisi, BCL pun tetap mengucap ulang tahun kelahiran untuk Allahyarham suaminya itu. Janda seorang anak itu menulis ucapan terharu dan penuh makna dalam Instagramnya @bclsinclair yang mempunyai 16.1 juta pengikut.

Kenangan abadi keluarga bahagia. Kredit foto: IG bclsinclairs

Dalam ucapannya, BCL berjanji untuk mencintai diri sendiri.

"Thank you for making me believe that i am worthy of love.. Since you're gone. I need to be you.. Someone who loves me, someone who believes in me..," tulis BCL dalam Bahasa Inggeris.

"Your words are powerful, and I finally see it.. I am going to love me, like you love me..Happy birthday sayang..," sambungnya.

Maknanya lebih kurang begini:"Terima kasih telah membuatku percaya bahwa aku layak untuk dicintai.. Sejak kamu pergi. Aku perlu menjadi dirimu.. Seseorang yang mencintaiku, seseorang yang percaya padaku..," tulis BCL lagi.

"Kata-katamu sangat kuat, dan akhirnya aku melihatnya.. Aku akan mencintaiku, seperti kamu mencintaiku.. Selamat ulang tahun sayang.." sambungnya.

Kata-kata BCL menurut beberapa rakan dan pengikutnya sangat terkesan (powerful) dan mendalam.

BCL membawa Noah menziarah makam Ashraf Sinclair. Kredit foto: IG BCLsinclair


Pengikut pasangan selebriti ini mengetahui bagaimana kentalnya hubungan cinta antara Ashraf dan BCL yang berkahwin pada 6 November 2008 serta sayangnya mereka terhadap anak, Noah Aidan Sinclair yang lahir pada 22 September 2010.

BCL menempah pusara berkembar di Taman Pemakaman Mewah di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. Sebuah daripada tapak perkuburan itu disimpan untuk pengebumian dirinya nanti.

Pada Julai 2020, BCL melancarkan lagu ’12 Tahun Terindah’ dengan lirik dihasil oleh BCL sendiri sebagai mengenang kehidupan bahagia selama 12 tahun menjadi suami isteri.

Kehidupan bahagia dua selebriti ini menjadi ‘cemburuan’ pasangan selebriti di Indonesia. : KitaReporters 

Lagu khusus mengenang 12 tahun hidup bersama BCL-Ashraf.




You will be interested

Moh kongsi atau sumbang! Orang ramai dirayu bantu Dr Sakinah

Dr Sakinah Sulong diarah bayar ganti rugi saman fitnah RM230,000 kepada Doula Masyitah Md Hassan kerana muat naik pernyataan fitnah terhadap Masyitah pada 2018

Terima kasih Cikgu Noorlaily! Bapa datang saksikan punch out

Majlis persaraan Cikgu Noorlaily Md Salleh di PPD Kubang Pasu, Jitra lebih bermakna dengan kehadiran bapanya Md Salleh Hashim saksikan anaknya lakukan punch out
Samsudin Oli Mohamed in Kisah Insan 12 hours ago

Hikmah di sebalik PKP! Mohamed Jusoh siapkan buku sejarah!

Wartawan dan penulis veteran dari Terengganu, Mohamed Jusoh berjaya menyiapkan buku sejarah berjudul Puteri Duyung ketika dia memenjarakan diri dalam tempoh PKP
Mohammad Ishak in Kisah Insan 16 hours ago

Selamba bonceng jenazah ibu! Mahu tanam sendiri tapi kantoi!

Seorang pemuda OKU dan punyai masalah mental membonceng jenazah ibunya di jalan raya di Jawa Barat, Indonesia kerana mahu mengebuminya sendiri di kebun mereka
Zul Akmar Jamaludin in Kisah Insan 20 hours ago

Suami zalim! Kurung isteri di dalam tandas! Lebih setahun!

Naresh Kumar ditahan kerana mengurung isterinya di dalam tandas selama lebih setahun di rumah mereka di perkampungan di Rishpur, Haryana daerah Panipat, India
Amil Abdullah Saiby in Kisah Insan 1 day ago