Insan & Komuniti 30 May, 2022

Pelik tapi benar! Gadis cantik hanya jamah kerepek kentang selama 23 tahun! Alami gangguan makan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MENJADI kelaziman kepada rakyat Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan ruji. Mungkin boleh menggigil sekiranya tidak menyentuh nasi dalam sehari.

Namun berbeza dengan seorang gadis muda yang hampir tiga dekad hanya menjamah makanan ringan seperti sejenis kerepek kentang dan kerepek bawang sebagai makanan utama hariannya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan makanan


Bagi Zoe Sandler, seorang gadis dari London mungkin keadaan menjadi sesuatu yang pelik. Namun baginya sejak usianya dua tahun kerepek adalah makanan ruji kepadanya.

Malah kotak kerepek kentang atau keju yang adalah ‘sahabat baik’ kepada sepanjang berada di alam persekolahan 10 tahun lalu.

Kini usianya menginjak 25 tahun, Sandler berjaya mengubah tabiat makan selepas mengetahui diri adalah menghidap ARFID, sejenis penyakit yang melibatkan gangguan makanan atau neofobia (neophobia).

Selepas menjalani rawatan hipnoterapi dia kini ‘belajar’ untuk menjamah makanan dengan sempurna dan diet yang tepat selepas 23 tahun menghabiskan hidupnya dengan menjamah hidangan kerepek sahaja.



Terbaharu dia mencuba sandwich yang dikepit dengan kerepek sebagai hidangan baharu kepadanya.

Kongsi Sandler lagi, ibu bapa pernah mencuba beberapa kali untuk memberikan makanan sihat kepada namun terpkasa ditolak berikutan tidak dapat menerima makanan berkenaan.

Bukan sekadar itu malah pernah jatuh sakit gara-gara cubaan menjamah makanan sihat lain. Rupanya satu-satunya makanan yang boleh dijamah adalah kerepek yang dimakan sampai kenyang.

Tambah gadis cantik tersebut dia hanya mengambil bijirin kering untuk sarapan manakala tengah hari dan malam dia hanya menjamah kerepek sahaja.

"Namun kadang-kadang saya mencari kelainan dengan menjadikan kerepek sebagai sandwic yang digabungkan dengan keju," kongsinya Sandler lagi, musim perayaan terutama Krismas adalah saat yang paling tidak disukai kerana semua hidangan tidak dapat dijamah.

Kini dia meneruskan terapi dan tidak sabar mencuba makanan lain tanpa sebarang ragu-ragu. - KitaReporters


12
9
0
14
0
You will be interested