Insan & Komuniti 31 Oct, 2021

Video| Kuasa cinta! Tuan puteri tinggalkan istana, tolak sagu hati! Mahu jadi isteri rakyat biasa

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Mako memberi tunduk hormat kepada bapanya, Putera Mahkota Akishino sebelum meninggalkan rumahnya di Tokyo. - Kredit gambar Getty Imej



DALAM hidup jika diberi satu saja pilihan antara cinta dan gelaran diraja. Cinta sentiasa menang dan sebab itulah juga, Puteri Mako dari keluarga diraja Jepun mengambil keputusan meninggalkan kemewahan dan kekayaan di istana untuk berkahwin dan menjadi isteri seorang rakyat biasa

Malah dia juga enggan menerima wang sagu hati yang bernilai lebih RM4.1 juta (USD$1.2 juta) kerana sedih dengan komen terhadap sagu hati itu yang sepatutnya diterima. 


Lagi kisah menarik berkaitan hebatnya cinta


Sebelum ini setiap kerabat yang berkahwin dengan rakyat biasa perlu meninggalkan istana dan mereka tidak dibenarkan  menggunakan gelaran. 

Menerima hadiah itu kerana mereka terputus hubungan dengan keluarga dan kehilangan hal istimewa diraja. 

Keluarga diraja Jepun terutama maharaja dan maharaninya disembah setaraf  "Tuhan".



Assosiacted Press melaporkan Puteri Mako berkahwin dengan Kei Kumaro dalam satu upacara yang tidak membuat ritual agama dan adat adat tradisional. Majlis perkahwinan itu ditunda selama tiga tahun kerana mendapat tentangan daripada sesetengah pihak. Tetapi mereka tetap memilih melangsungkan perkahwinan itu untuk meraikan cinta mereka.

Mako sebelum ini menolak sagu hati dalam bentuk dowri (mas kahwin) RM4.1 juta (USD$1.23 juta) yang sepatutnya diterima selepas meninggalkan keluarga diraja, demikian kata pihak istana. 



Puteri Mako menjadi ahli keluarga pertama diraja Jepun sejak Perang Dunia Kedua yang enggan menerima bayaran itu kerana terkilan dengan sikap warga negara itu mengkritik perkahwinannya.

Dengan pemergian Puteri Mako, kerabat Jepun kini kurang seorang menjadikan 17 keluarga yang bekerja. Berbanding sebelum ini ada 67 ahli keluarga bekerja pada 1945. Dan wanita diharamkan mewarisi takhta.

Tindakan Puteri Mako itu disamakan dengan pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle yang meletakkan jawatan diraja bekerja dan berhijarah ke Amerika Syarikat yang kemudian digelar sebagai Megxit.

Mako yang berusia 30 tahun, tiga hari sebelum melangsungkan perkahwinanya adalah anak saudara kepada Maharaja Naruhita. Bapanya, Putera Mahkota Akishino adalah adik maharaja.



Dia dan Komuro adalah rakan sekelas di International Christian University di Tokyo dan pada September 2017 mereka ada mengumumkan hasrat untuk berkahwin pada tahun berikutnya. Tetapi disebabkan isu kewangan yang dihadapi keluarga, calon suaminya menyebabkan perkahwinan itu terpaksa ditunda.

Dan akhirnya selepas tiga tahun menunggu pada 26 Oktober 2021 Mako meninggalkan istana

Dengan berpakaian berwarna biru dan memegang jambangan bunga, dia dan suaminya memberi tunduk hormat di luar kediaman ibu bapanya, Putera Mahkota Akishino dan ibunya Puteri Kiko. Mako kemudian memeluk erat adiknya, Kako sebelum berlepas di kediaman baru mereka, New York. 


Puteri Mako menolak pampasan lumayan demi cinta kepada seorang rakyat kebanyakan.



Sebelum ini dilaporkan bapanya, Putera Mahkota Akishino menentang majlis perkahwinan tradisional itu dibuat selepas mendapat tahu masyarakat negara itu terbahagi kepada dua kumpulan. Ada yang menyokong dan ada juga yang tidak suka kerana ada laporan mengenai latar belakang calon suami Mako termasuk ibu mentuanya dikatakan gagal membayar pinjaman yang sebahagian besar wang itu digunakan membiayai pengajian Komuro.

Perkahwinan mereka juga menyebabkan Puteri Mako kehilangan gelaran diraja dan dia juga kena menggunakan nama keluarga suaminya. Iniah kali pertama dia menggunakan nama keluarga suaminya. Kebanyakan wanita Jepun perlu melepaskan nama awal keluarga mereka selepas berkahwin kerana di bawah undang-undang, perkahwinan perlu ada satu nama keluarga saja.

"Dokumen perkahwinan mereka dihantar oleh pegawai istana dan sudah dirasmikan," demikian disahkan oleh agensi pengurusan istana.



Tiada majlis perkahwinan atau acara ritual agama untuk pasangan dan majlis perkahwinan mereka, tidak juga diraikan dengan ramai tetamu jemputan.

"Bagi saya, Kei-san (Komuro) adalah lelaki yang tiada nilainya dan perkahwinan ini menyatukan dan meraikan dua jiwa," kata Mako dalam satu sidang berita di televisyen. 

Komuro pula membalas komen itu," Saya mencintai Mako dan hidup sekali saja. Saya mahu menghabiskan hayat dengan seseorang yang saya cintai," katanya sambil berharap mahu membina keluarga bahagia dan ingin bersama isterinya ketika saat susah atau senang.

Komuro, 30, berlepas ke New York pada 2018 untuk belajar undang-undang dan kembali semula ke Jepun sebelum perkahwinan. 

Dengan gaya rambut diikat tocang telah menarik perhatian sebagai "orang sangat berani untuk melamar puteri raja" yang dikelilingi adat tradisional.

Sebelum ini nenda Mako, Maharani Emerita Michiko, bekas isterinya mendiang Maharaja Akihito adalah rakyat biasa yang berkahwin dalam kerabat diraja dalam sejarah moden dan pernah jatuh pengsan dan kehilangan suara pada 1993 berikutan komen negatif dari media. - KitaReporters


Selamat tinggal Jepun.... Mako memeluk adiknya Kako dan memulakan hidup baru di New York.

11
9
0
9
0
You will be interested