Insan & Komuniti 13 Jan, 2022

Video| Berdepan kontroversi lagu M Sani tetap kumandang! Kini jadi khazanah dengan pemergiannya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


M Sani bersama beberapa albumnya. - Kredit foto: Wikipedia/Youtube


EKORAN satu kontroversi, nama Allahyarham M Sani mula senyap dan lenyap daripada perbualan umum, namun lagu-lagunya terus berkumandang di corong-corong radio terutama terutama Radio Klasik RTM.

Bagaimanapun pada 10 Januari 2022 lalu, namanya kembali terpampang dalam media tetapi kali ini berita mengenai kepulangannya ke rahmatullah. Kini lagu-lagunya menjadi sebahagian khazanah muzik negara.

Sani iaitu pasangan duet pertama biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini meninggal pada Jumaat, 10 Januari 2022, pukul 10 malam pada usia 70 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai akibat penyakit kencing manis.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan artis veteran

Lagu-lagu nyanyian M Sani masih sering berkumandang di corong radio. - Kredit foto: Wafa TV

M Sani atau nama lengkapnya Md Sani Abu Yamin berasal dari  Kuala Lumpur, popular pada 1973 hingga 1975.

Mempunyai suara yang baik membolehkan M Sani menjuarai Bintang RTM 1971 pada 27 September 1971 dengan membawa lagu ‘Jauh Jauh’ dan menerima hadiah RM1,000 ketika beliau baru memasuki usia 20 tahun.

Hasil kejayaannya menjadi juara dan memiliki suara yang dianggap ‘unik’ menyebabkan dia dilamar oleh syarikat rakaman EMI Records sebagai artis rakaman. 

Pada era 70-an, EMI merupakan syarikat rakaman yang berprestij dan menjadi artis rakamannya diidam oleh penyanyi. M Sani bertuah menjadi syarikat rakam EMI dari 1973 hingga 1975.

Dia sempat merakamkan tiga album berbentuk ‘EP’ Iaitu ‘Rindu Hati Ku Tidak Terkira’, ‘Hidup Hanya Sementara’ serta ‘Hujan Malam’ dan sebuah ‘LP’ bertajuk ‘Kerna Senyum Ku Terpikat’ (1974). Lagunya yang paling popular ialah  ‘Rindu Hatiku Tidak Terkira’.


M Sani menerima hadiah ketika menjuarai Bintang RTM 71. - Kredit Foto: arkibnegarablogspot

Namun kenangan paling manis  M Sani apabila menjadi pasangan duet pertama Datuk Sharifah Aini melalui album  ‘Sedangkan Lidah Lagi Tergigit’ . Populariti Sharifah Aini ketika itu turut membantu populariti M Sani.

Atas sebab-sebab tertentu EMI tidak menyambung kontrak M Sani.

Selepas itu M Sani mencuba bidang lakonan. Dengan memiliki wajah kacak dan tinggi lampai seperti bintang Bollywood, Amitabh Bachchan dia muncul dalam dua filem iaitu ‘Si Badul' arahan Azis Sattar pada 1978 dan ‘Toyol’ arahan Malek Selamat pada 1980.


Ketampanannya membolehkan M Sani mencuba bidang lakonan

Namun popularitinya semakin menurun lalu menyebabkan dia mengusahakan warung makan pada 2001 iaitu setelah 30 tahun menjadi juara Bintang RTM 71.

Popularitinya yang semakin menyepi tiba-tiba menjadi bualan ramai setelah terbabit dalam kejadian yang memalukan. M Sani dikatakan terlibat dalam satu jenayah pada September 2001 dan dihukum penjara selama 19 tahun oleh mahkamah pada 2005.


Interbiu ekslusif dan nyanyian lagu ‘Rindu Hatiku Tidak Terkira’ secara ‘live’ M Sani berjaya dibuat Wafa TV pada September 2021.

Walaupun kegiatan seni M Sani menyepi, namun lagu-lagu dendangannya dan lagu-lagu duet dengan Sharifah Aini masih kerkumandang di corong-corong radio terutama Radio Klasik RTM.

Hasil dua perkahwinan M Sani memperoleh lapan cahaya mata dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, Kuala Lumpur. - KitaReporters


15
11
0
12
0
You will be interested