Insan & Komuniti 23 Jan, 2022

Video| Keluarga Malaysia: JPJ, polis santuni penghidap kanser cilik! Hadiah hari lahir terindah!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this



PERANAN dan tugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu dipertikaikan lagi dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang serta menjaga keselamatan.

Walaupun dalam kesibukan tugas harian, badan beruniform ini tidak pernah ketinggalan menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masyarakat dengan pelbagai cara serta pendekatan tersendiri bertepatan dengan aspirasi konsep Keluarga Malaysia.

Sebagai kenangan terindah buat seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang merupakan pejuang kanser, pihak pengurusan Stesen Penguat Kuasa (SP) JPJ Air Sejuk serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu menyantuni anak kecil itu pada 19 Januari 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pesakit kanser

Adik Ahmad Shafir Fathurrahman Mohd Sobri  ketika di Stesen Penguatkuasa JPJ Air Sejuk, Setiu.


Menerusi laman sosial Facebook, JPJ Terengganu memaklumkan, Ahmad Shafir Fathurrahman Mohd Sobri (Adik Fatrul) menyambut hari ulang tahun kelahiran yang keempat dan pengalaman bersama JPJ dan polis sebagai hadiah untuk kanak-kanak itu.

“Stesen Penguatkuasa JPJ Air Sejuk, Setiu telah menyantuni pejuang kanser yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dan sebagai hadiahnya, Adik Fatrul dibawa melawat sekitar SP Air Sejuk, Setiu.

Kanak-kanak tersebut menghidap penyakit kanser saraf dan leukimia tahap 4 dan menyatakan bahawa beliau sangat meminati badan beruniform terutamanya  PDRM serta JPJ.

“Pihak pengurusan SP Air Sejuk telah membawa adik Fatrul melawat pejabat stesen dan menaiki kenderaan penguat kuasa mengelilingi pekarangan SP Air Sejuk.

“Turut hadir bersama adalah Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Polis (DSP), Afandi Hussin. Kegembiraan terpancar di wajah pejuang cilik tersebut dan kami mendoakan agar Adik Fatrul terus kuat untuk berjuang melawan kanser,” tulis JPJ Terengganu.


 Kredit foto: FB Polis Daerah Setiu



Sementara itu, Facebook Polis Daerah Setiu memaklumkan kanak-kanak berkenaan disahkan menghidap kanser saraf tahap empat pada Ogos 2021.

DSP Affandi Hussin menyantuni kanak-kanak tersebut dengan membawanya melawat Stesen Penguat kuasaan JPJ Air Sejuk dan Balai Polis Permaisuri dengan menaiki kenderaan pasukan PDRM. - KitaReporters


Kredit foto: FB Polis Daerah Setiu

20
11
0
8
0
You will be interested