Insan & Komuniti 13 Jun, 2021

Kes tertukar anak! Sinetron ‘anakku bukan anakku’ berlaku! Ibu-ibu tampil ceritakan hal sama!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


SINETRON Indonesia berjudul ‘Anakku Bukan Anakku’ cukup terkenal sekitar tahun 2005 mengisahkan kisah dua bayi yang ditukar. Siapa sangka, kisah hampir sama dengan cerita berkenaan ternyata benar-benar berlaku di dunia realiti ini.

Nasib sedemikian menimpa usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin, 23, atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall yang tertukar bayi selepas bersalin di sebuah hospital swasta di Shah Alam.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bersalin


Berita Terkini| Siti Jamumall cemas, bayi dibawa keluar bukan bayi kandungnya! Tertukar anak!

Tidak disangka, bayi lelaki disusukannya dan dibawa pulang ke rumahnya di Setia Alam, Selangor pada 12 Jun 2021, iaitu selepas hari kedua bersalin rupanya bukan bayi dikandungnya selama ini yang dinamakan Putra Aiman Zafran.

Semuanya hanya diketahui sewaktu suaminya, Mohammad Syafiq Irfan Azman, 23, selepas memotong tanda nama pada kaki bayi itu setelah mendapati nama ibu tertera, Dianah Hanani Abdullah, 23, yang merupakan seorang usahawan.

Siti melahirkan anak keduanya jam 2.36 pagi pada 11 Jun 2021, manakala Dianah Hanani yang tinggal di Puncak Alam, Selangor melahirkan bayinya secara pembedahan di hospital sama pada 3.02 petang, 10 Jun 2021 dan dibenarkan pulang jam 12 tengah hari 11 Jun 2021.


Siti Jamumall(dua dari kanan) dan suaminya bersama pasangan suami isteri yang bayi mereka tertukar antara satu sama lain. Kredit foto: FB Jamumall.com


Sebaik mengetahui bayi lelaki itu bukan anak kandungnya, Siti kemudiannya hubungi hospital maklumkan kejadian dan ke hospital tersebut untuk proses pertukaran semula bayi selepas pihak terbabit berjaya mengesan ibu sebenar anak jagaanya itu.

Suasana sewaktu pertukaran bayi berlangsung dalam suasana penuh emosi setelah kedua-dua pihak  terlibat sudah sayangkan bayi jagaan masing-masing dan telah menjaganya  seperti anak sendiri.


Siti Jamumall memegang laporan polis berhubung insiden tertukar anak


Berikutan insiden berkenaan, suami Siti Jamumall membuat laporan polis kira-kira 9 pagi, 13 Jun 2021 berhubung kejadian bayi mereka yang tertukar dengan bayi milik pasangan lain di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Kejadian tersebut tular dalam media sosial berikutan perkongsian Siti Suriani di FB Jamumall.com secara langsung ketika dia dalam perjalanan menuju ke hospital untuk proses pertukaran semula bayi dan kali kedua bersiaran ketika di rumah selepas segalanya selesai.



Perkongsian tersebut turut menarik perhatian warganet terutama wanita-wanita bergelar ibu yang tampil menceritakan pengalaman masing-masing. Rupanya, ‘Anakku Bukan Anakku’ bukan hanya drama di kaca televisyen semata-mata!


Paparan perbualan WhatsApp yang dimuatnaik Siti Jamumall di Facebook


Seorang pengguna FB, Nuraini Hasdi berkata dia pernah lalui pengalaman sama ketika melahirkan anak sulongnya pada tahun 2011 lalu.


“Syukur Alhamdulillah, ‘nurse’ yang sambut kelahiran bayi saya buat pemeriksaan sekali lagi sebelum dia balik ‘tukar shift’ dengan ‘staf nurse’ lain. Menjerit-jerit ‘nurse’ tu mengamuk dengan ‘nurse’  yang tertukar katil bayi anak saya,” tulisnya.

Rania Amina pula menulis, “saya dah rasa bayi tertukar, masa saya di bilik bersalin. Reda je lah sampai kena tolak cari bayi sebab bayi pun tiada tanda nama”.

Pengguna FB, Yana Love Zul Harith pula berkongsi pengalamannya bersalin di hospital swasta sebanyak dua kali.

“Memang hospital swasta tengok nama dekat katil bayi sahaja, tidak periksa tanda nama pada kaki bayi. Misi cuai lah tu sebab tidak periksa tanda nama pada kaki bayi sewaktu pakaikan baju,” tulisnya.

Kisah dan pengalaman dilalui Siti Jamumall dan berberapa orang ibu yang lain seharusnya dijadikan ikhtibar serta pengajaran kepada semua pihak supaya tidak berulang pada masa akan datang. Cukuplah, ‘Anakku Bukan Anakku’ sekadar cerita sinetron sahaja. - KitaReporters



 

3
1
1
0
0
You will be interested