SEBAHAGIAN daripada 151 orang anak Misheck Nyandoro di Zimbabwe, Afrika. - Kredit foto: The Mirror
BERISTERI satu banyak-banyak. Beristeri dua sikit-sikit. Beristeri tiga kadang-kadang. Beristeri empat jarang-jarang. Tetapi bagaimana pula dengan beristeri 16?
Memang menakjubkan dan sukar dipercayai. Tetapi ia berlaku. Ini dibuktikan oleh seorang lelaki dari Zimbabwe, Afrika, Misheck Nyandoro. Poligaminya bukan calang-calang. Dia mempunyai 16 isteri dan 151 orang anak sehingga kini.
Memetik laporan The Mirror, alasannnya berkahwin begitu ramai adalah untuk menambah jumlah penduduk Zimbabwe. Kerana itu dia terus merancang untuk menambah jumlah anak.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan poligami
MISHECK Nyandoro (dalam bulatan) bersama keluarga besarnya. - Kredit foto: The Mirror.
Mungkin ramai bertanya bagaimana Nyandoro, 66, melayani dan membahagikan masa dengan isterinya yang begitu ramai. Jadualnya memang ketat! Setiap malam dia akan tidur bersama empat daripada 16 orang isterinya.
Ini bermakna
dia menggauli semua isterinya dalam masa empat hari bergilir-gilir, dan
begitulah seterusnya menurut pusingan. Memang hebat lelaki ini. Pada usia warga
emas, dia mempunyai stamina untuk melayan 16 isteri dalam empat hari tanpa
henti.
Malah dia sentiasa
berusaha menambah isteri muda kerana isteri-isterinya yang sudah berumur tidak
mampu memenuhi keperluannya melahirkan lebih banyak zuriat. Dia bimbang ini
akan membantutkan usaha menambah jumlah anak untuk menambah penduduk Zimbabwe.
Dia sudahpun merancang untuk mencari calon isteri ke-17.
Malah Nyandoro membayangkan
sedia berkahwin dengan 100 orang wanita jika mampu dengan matlamat mempunyai
sehingga 1,000 orang anak.
Dia menyifatkan perkahwinan dengan 16 wanita sebagai ‘projek poligami’.
Menurut The Mirror, lelaki itu tiada sumber pendapatan. Bekas veteran perang itu mengakui, dia memang tidak bekerja kerana tugas utamanya ialah ‘memuaskan’ kesemua isterinya.
Bagaimana dia menyara keluarganya yang besar itu? Difahamkan, anak-anaknya yang sudah dewasa dan bekerja banyak membantu Nyandoro yang membolehkan dia hidup selesa. Mereka memberinya hadiah dan wang. Tugas para isteri pula ialah memasak, mengemas dan mengurus rumah.
MISHECK NYANDORO bersama sebahagian isterinya. - Kredit foto: Yeslife
Nyandoro menyifatkan apa yang dilakukan sekarang ialah demi mencapai matlamat projek poligaminya yang dimulakan pada pada 1983.
Dia bertekad
memastikan misinya berjaya dan akan berusaha keras untuk mencapainya. Dia
berazam tidak akan berhenti berusaha mencapai hajatnya sehinggalah
menghembuskan nafas terakhir. Untuk itu dia dijangka mengahwini isteri ke-17
tidak lama lagi.
Warga emas itu
tidak menganggap mempunyai 16 isteri dan 151 anak sebagai beban atau menyebabkannya
menghadapi masalah kewangan. Malah sebaliknya dia mendakwa memperoleh
kesenangan dan kebahagiaan daripada keluarga besarnya.
Nyandoro
menyifatkan anak-anaknya yang sudah bekerja sebagai bertanggungjawab kerana
sering memberi hadiah dan wang kepadanya. Dengan bantuan inilah Nyandoro tidak
merasa terbeban menyara isteri dan anak-anak lain.
Dia juga sangat
memilih dalam soal makan. Isteri-isterinya memasak untuknya setiap hari tetapi
Nyandoro menetapkan peraturan dia hanya makan masakan yang enak. Makanan yang
dianggap tidak mencapai tahap yang ditetapkan akan dihantar balik atau dibuang.
Isteri-isterinya juga sudah memahami peraturan ini. Mereka berjanji tidak akan marah atau kecil hati jika makanan dihantar balik. Itu adalah sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri dan memasak lebih sedap.
Nyandoro melayan isterinya menurut usia masing-masing. Cara layanan dan hubungan seks dengan isteri lebih tua tidak sama dengan yang muda. Dia mendakwa isteri-isterinya gembira dengan kehidupan sekarang serta layanan yang diberikan. Namun di hatinya tetap akan terus mencari isteri lebih muda. - KitaReporters
Kredit foto: The Mirror UK