Insan & Komuniti 01 Oct, 2020

Bilik seluas 20 kaki je! Jadikan tempat berteduh warga emas!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KITA sering menyebut "Rumahku Syurgaku", bersesuaian dengan rumah yang dipanggil syurga selepas seharian penat di luar dan kembali ke sarang dalam keadaan badan yang kepenatan dan mengharap dapat berehat dengan penuh keselesaan. Namun bagaimana pula ‘syurga’ yang dipanggil itu tidak mampu memberi keselesaan tapi disebabkan terdesak menyebabkan terpaksa menjadi penghuni 'syurga' berkenaan, walaupun ia sebenarnya 'neraka'. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan rumah:

https://kitareporters.com/search?search=rumah


Mungkin itu yang sesuai digambarkan kepada seorang warga emas di Hong Kong yang terpaksa menumpang teduh di sebuah bilik kecil seluas hanya 20 kaki persegi dengan bayaran sewa yang terlalu tinggi.

Walaupun penderitaan yang ditanggung oleh lelaki berusia 60 tahun itu bukan di Malaysia, namun atas dasar kemanusian, perjalanan hidup yang dilalui itu terlalu perit dan menyedihkan.

TIDAK terurus dan dipenuhi pelbagai barangan dimasukkan di dalam ruang sempit membuatkan tempat itu sesak. - Kredit foto appledaily.com


Lebih menyedihkan… keluasan itu jika dibandingkan di tempat kita hanyalah digunakan sebagai ruang tandas.

Allahu…namun itulah yang terpaksa diharungi warga emas berkenaan yang tidak bekerja itu namun terpaksa meneruskan saki baki kehidupannya sebelum kembali ke kampung abadi.

Sayunya…mana pihak berkuasa nih!

Memetik portal Hong Kong hkappledaily.com, lelaki itu yang difahamkan telah bercerai itu tinggal bersendirian selepas terputus hubungan dengan ahli keluarganya yang lain di dalam ruang dengan keluasan 20 kaki persegi, di daerah To Kwa Wan, timur semenanjung Kowloon.

Penemuan menyedihkan itu dikongsikan oleh NGO, Maintenance Hong Kong Caring Community Service Team yang membuat tinjauan di kawasan berkenaan.

Lebih menyedihkan wang emas itu yang tidak lagi mampu bekerja disebabkan faktor usia dan dikatakan menggunakan wang simpanan untuk membayar sewa ‘syurga’ itu dengan kadar 1,700 yuan (RM900 sebulan).

Salah seorang sukarelawan yang terlibat dalam tinjuan berkenaan memberitahu, warga emas itu hanya meneruskan kehidupan hariannya di ruang yang sempit itu.

RUANG kecil itu dipenuhi dengan sampah dan boleh mengundang penyakit jika dibiarkan berterusan.


Malah turut kelihatan papan kayu yang digunakan sebagai untuk dijadikan meja ketika menjamah makanannya dalam keadaan mencangkung. 

Dalam masa sama, papan berkenaan digunakan untuk menutup tandas ketika tidur bagi membolehkannya tidur di ruang berkenaan.

Mungkin disebabkan factor kesihatan turut kelihatan sampah-sarap memenuhi lagi bilik kecil itu dan membuatkan ruang sempit itu tidak terurus. Keadaan itu jika dibiarkan akan mengundang penyakit disebabkan ruang yang kotor dan tidak terurus.

Melihat penderitaan itu, NGO berkenaan menuntut keadilan daripada pemilik yang mengenakan kadar yang mencekik darah dan tidak berpatutuan.

Semoga kejadian tidak berperikemanusiaan tersebut tidak wujud di tanah air kita. : KitaReporters

0
0
2
0
0
You will be interested