TUAH kaki nampak pada kaki tuah manusia siapa yang tahu… itulah ayat paling sesuai digambarkan kepada
seorang juruwang di sebuah pasar raya Walgreens, Rita Jackson Burn yang
menerima rezeki terpijak gara-gara keikhlasan dirinya membantu seorang pelanggan wanita ketika bertugas
baru-baru ini. : KitaReporters
IKHLAS membantu... Rita sudi mendahulukan bayaran kepada pelanggan walaupun dia sendiri hanya memiliki wang yang sedikit.
Lagi cerita-cerita berkaitan baik hati:
https://kitareporters.com/search?search=baik+hati
Kejadian tersebut berlaku di Houston, Texas di Amerika Syarikat, ketika Rita Jackson Burn yang bertugas di kaunter bayaran didatangi seorang pelanggan, Rina Liou yang tertinggal telefon bimbit dan dompetnya di rumah dan dia tidak boleh membayar barangan yang dibeli.
Namun atas dasar
kemanusiaan, Rita yang berkhidmat selama 38 tahun di pasar raya berkenaan sudi membantu Rina untuk menjelaskan bayaran berkenaan, walaupun dia hanya mempunyai wang sejumlah $20 (RM82.74) di dalam akaun banknya.
Tanpa berfikir panjang terus menggunakan kad banknya sendiri untuk membayar barangan Rina yang berjumlah $12.41 (RM51.34).
Alahai baiknya hati… sanggup dahulukan bayaran.
Rina pula terus menggantikan semula wang yang digunakan itu dan kemudian berkongsi kemuliaan Rita dalam media sosial yang sanggup menggunakan wang sendiri untuk menjelaskan bayaran berkenaan, walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
Mengejutkan kisah berkenaan menjadi tular dan ramai pelanggan mengenali dan menyifat juruwang berusia 58 tahun itu sememangnya seorang yang baik hati dan seorang pekerja yang berdedikasi.
Malah sekumpulan warganet mula mencipta ruangan untuk mengumpul dana khas melalui platform GoFundMe untuk Rita yang sanggup berkorban kepada pelanggan.
REZEKI Rita tidak menyangka niat ikhlas untuk membantu Rina akhirnya memberikan rezeki terpijak kepadanya. Foto kredit Twitter @KHOUmelissa.
Matlamat utama kutipan sumbangan itu pada mulanya disasarkan sebanyak AS$5,000 (RM20,687.03) sahaja, tetapi selepas dilancarkan jumlah kutipan semakin bertambah. Malah melebihi sasaran dan mencapai sehingga AS$20,438 (RM84,560.28), melebihi sasaran awal.
Inilah dikatakan rezeki tak pernah salah alamat!
Sememangnya berbuat baik dengan orang lain tidak pernah merugikan sebaliknya pasti ada balasan.
Segala jasa dan budi baik Rita sentiasa diingati ramai dan kini Rita telah menerima ganjarannya! Itulah kalau dah rezeki… siapalah kita untuk menolak. - KitaReporters