Insan & Komuniti 16 Nov, 2020

Video| Kesiannya! Sushi mati! Lara Alana nangis tersedu-sedu

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

BERPISAH dengan sesuatu yang kita sayang pasti meninggalkan kesan mendalam, apa tidaknya setiap masa kita bersama namun apabila hilang atau tiada di sisi pasti terasa kehilangan tersebut. Perkara sama berlaku kepada anak sulung pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana yang terlalu sedih selepas ikan peliharaannya mati. : KitaReporters




Lagi kisah-kisah berkaitan Scha Alyahya:

https://kitareporters.com/search?search=Scha+Alyahya


Lebih menyedihkan ikan yang diberi nama Sushi itu kelihatan terapung di permukaan di dalam sebuah bekas di rumahnya.

"Sekarang baru Lara tahu, yang kita tak pernah akan bersedia untuk situasi seperti ini. Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang," kongsinya dalam Instagram @Laraalana. 

Ikan tersebut menjadi ‘sahabat’ kepadanya sejak lapan bulan lalu ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020. 



Terdahulu Lara berulang kali meluahkan dia tidak bersedia menghadapi saat berkenaan.

“Daddy, saya tak bersedia nak hadapinya. Berkali-kali Lara ulang perkataan ni, tapi Allah lebih sayangkan Sushi.

"Masa Auntie Joy beritahu yang Sushi dah tak ada, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita beri makan, dia akan hidup balik, tapi rupanya Sushi dah pergi buat selamanya,” kongsinya.




Dalam video tersebut Lara ditenangkan oleh ibu bapanya yang menguruskan bangkai ikan yang ditanam di kawasan kediamannya. 

Malah Lara sempat meletakkan sekuntum bunga di pusara berkenaan.



Melihat pada ruangan komen, peminat Lara turut bersedih dengan apa yang dialaminya.

Rupanya hati tisu juga anak sulungan pasangan selebriti ini.

Semoga Lara bertabah dengan kehilangan ‘sahabat’ itu dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Nanti minta Daddy gantikan Sushi yang baru ye! - KitaReporters


3
1
12
1
0
You will be interested