Insan & Komuniti 15 Nov, 2020

Terima kasih Kasni! Rai hari lahir ke-41 dengan derma darah!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

KASNI Kamis yang menyambut ulang tahun hari kelahirannya ke-41 pada semalam, Sabtu 14 Novermber 2020 hadir untuk menderma darah di Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis. Kasni yang berkerusi roda ditemani suaminya, Azarudin Ali untuk menyertai derma darah di HTF Kangar yang dianjurkan oleh St John Ambulans Malaysia. : KitaReporters


Kasni Kamis berkerusi roda ditemani suaminya Azarudin Ali (baju hitam).


Lagi kisah-kisah berkaitan Perlis:

https://kitareporters.com/search?search=Perlis


Ibu kepada tiga anak ini bekerja di rumah dengan menghantar bihun yang dibuat ke beberapa kedai di sekitar pekan Kangar.

"Saya mendapat maklumat mengenai kempen derma darah ini melalui laman Facebook dan terus menyatakan kepada suami hasrat untuk menyertai kempen derma darah ini bagi membantu mengisi bekalan Pusat Darah Negara (PDN)," katanya ketika ditemani suamniya di pekarangan HTF.

Kasni berkerusi roda kerana kaki kanannya dipotong selepas hancur dalam satu kemalangan pada 2017. 


Petugas sukarelawan yang terlibat dengan kempen derma darah di Hospital Tuanku Fauziah Kangar.


Kasni telah menderma darah sebanyak empat kali sebagai penghargaan dan mengingati dirinya yang menerima darah ketika terbabit dalam kemalangan dengan lori tiga tahun lalu.

"Saya berjanji pada diri saya untuk membantu mereka yang telah menderma darah ketika saya memerlukan dulu," katanya lagi. 

Kasni adalah antara 96 yang mendaftar untuk derma darah dan hanya 87 penderma darah sahaja diterima manakala sembilan orang lagi terpaksa ditolak.


Pemangku Pengerusi SJAM Perlis K.Kunasegaran


Sementara itu, Pemangku Pengerusi SJAM Perlis K. Kunasegaran berkata, kempen derma darah yang dianjurkan pada 14 November dan 15 November 2020 di Tabung Darah HTF ini diadakan bagi membantu menampung kekurangan bekalan darah di PDN.

"Program yang dianjurkan ini juga meliputi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor," ujarnya lagi. - KitaReporters


Penderma darah bersama ahli keluarga yang menyertai kempen derma darah menerima cenderamata. 


Empat sekeluarga dari Flat Kampung Bakau menerima cenderamata daripada pihak penganjur.


Antara penderma darah 


Tiga beranak dari Bukit Keteri Perlis turut menderma darah.


Anggota SJAM Perlis bersama mahasiswa UUM yang terlibat dalam kempen derma darah.

1
0
0
0
0
You will be interested