Kisah Insan 01 Apr, 2020

TERIMA KASIH KAKSAH!! TOLONG PASANG KANOPI

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this
JIKA ingin melihat pengorbanan dan keprihatinan pihak tertentu terhadap masyarakat inilah masanya yang sesuai untuk membantu mereka yang memerlukan sebarang bentuk bantuan sama ada individu, kelompok keluarga atau petugas di barisan depan yang melawan krisis sosial akibat wabak COVID-19. Banyak bantuan dan sumbangan boleh diberikan. : KitaReporters

Syarikat Kaksah Katering Besut memasang kanopi untuk kemudahan petugas di Sekatan Jalan Raya sekitar Besut


Selepas dua minggu rakyat negara ini hidup dalam keadaan terkurung sudah banyak pihak yang tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada bekalan makanan, minuman, wang ringgit dan tenaga sularelawan.

Selain itu, ada juga pihak yang bersimpati dengan nasib anggota keselamatan termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terpaksa berpanas dan berhujan ketika menjalankan tugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) seluruh negara.

Alhammdulillah, petugas SJR di daerah Besut, Terengganu amat bernasib baik kerana ada pihak yang prihatin dengan situasi yang dihadapi mereka dengan bertindak memasang kanopi untuk dijadikan tempat berehat, makan minum serta berlindung selepas penat bertugas pada waktu panas terik dan ketika dibasahi hujan.

Pengusaha syarikat Kaksah Katering Besut, mengambil inisiatif memasang kanopi di beberapa lokasi Sekatan Jalan Raya sekitar daerah Besut bagi memberi kemudahan petugas terbabit menjalankan tugas masing-masing.

Pengurusnya, Syarikat Kaksah Katering, Muhammad Pehimi Che Mohd Fauzi 


Kanopi berkuran 24 kaki persegi itu dipasang di pinggir jalan berhampiran pondok SJR untuk dijadikan tempat bermesyuarat dan berehat petugas terbabit.

Pengurusnya, Muhammad Pehimi Che Mohd Fauzi, 28, berkata, beliau terpanggil untuk membekalkan khemah untuk petugas terbabit kerana ketika melalui sekatan jalan raya kelihatan petugas tidak ada tempat berehat dan berada di kaki lima jalan raya tanpa ada tempat berteduh.

Pekerja Syarikat Kaksah Katering baru selesai memasang sebuah kanopi di Sekatan Jalan Raya Kampung Renik, Jertih,


Katanya, kebetulan pihaknya mempunyai banyak khemah disimpan dalam setor disebabkan tidak ada tempahan majlis ketika semua orang ramai diarah berada di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka ia boleh digunakan untuk tujuan pihak keselamatan.

“Kami memasang khemah terbabit secara percuma dan diberikan untuk tempoh penguatkuasaan PKP," katanya.

MPKK Kampung Seberang Jertih menyumbang kanopi untuk kegunaan Klinik Kesihatan Padang Luas,Jertih


Sementara itu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Jertih, turut menyumbang khemah kepada Klinik Kesihatan Padang Luas, Jertih untuk kegunaan tempat saringan kesihatan pada musim wabak COVID-19.

Pengerusinya, Mohd Hanif Abas berkata, sumbangan khemah kepada klinik terbabit bagi menampung keperluan semasa pihak klinik.

Katanya, ahli Jawatankuasa MPKK itu bergotong royong memasang khemah yang diletakkan di hadapan klinik dan boleh digunakan untuk kemudahan saringan kesihatan dan urusan-urusan lain yang diperlukan pihak klinik berkenaan. - KitaReporters

You will be interested

Semoga Kasmah Darus bertabah! Pemain bola wanita negara 70-an penghidap barah tulang tahap 4!

Kasmah Darus, 63, bekas pemain sayap kanan pasukan bola sepak wanita Malaysia hidap penyakit kanser tulang tahap 4. Kini terlantar di rumah di Damsara, Selangor

Abdul Hafiz Ahmad in Kisah Insan 22 hours ago

PKPD: Penduduk empat kampung DUN Hulu Besut terus dibela! Pengagihan barang makanan diteruskan

Pejabat Ahli Parlimen Besut teruskan pengagihan makanan untuk penduduk di 4 kampung dalam kawasan DUN Hulu Besut yang diletakkan di bawah PKPD sejak 14 Feb 2021
Mohammad Ishak in Kisah Insan 8 hours ago

Kediaman warga emas hangus dalam kebakaran! Wakil rakyat turun padang beri bantuan, sumbangan

ADUN Damak, Ahli Parlimen Jerantut ziarah warga emas, Zahrah Salleh, 82, selepas rumahnya di Kampung Bukit Kor, Batu Balai dekat Jerantut habis hangus terbakar
Haris Fadilah Ahmad in Kisah Insan 8 hours ago

Ziarah kasih Adun Chembung! Santuni Nurrawdha, pesakit hiperhirosis! Zaidi terbabit kemalangan

Adun Chembung, Zaifulbahri Idris bertanya khabar dan beri bantuan kepada Nurrawdha Hairischa Mohamad, 12, dan Mohd Zaidi Ali, 35,yang hadapi masalah kesihatan
Rosdi Ismail in Kisah Insan 10 hours ago