Insan & Komuniti 13 Apr, 2020

BANTU KAMI!! RAWATAN UNTUK DUA ANAK OKU!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

MATANYA redup merenung dua orang anaknya yang dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU). Anak ketiga menghidap Austisme dan bongsu menghidap Cerebral Palsy. Sesekali dia mengusap kepala anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Adakala saat mengenang kembali ujian getir yang diterima, tanpa disedari air matanya tertumpah. : KitaReporters

Foto-foto: Koleksi peribadi Intan Maszura 


Namun, cabaran yang dilalui sepanjang menjaga anak-anak istimewa memberinya kekuatan. Bukan sahaja kudrat tetapi emosi juga perlu kuat.

Intan Maszura Nordin reda dengan ketentuan Ilahi. Dia percaya ada hikmah di sebalik ujian yang ditanggungnya.

Tanggungjawab yang dipikulnya menjadi sedikit ringan kerana dibantu oleh suami, Mohd Azizi Zakaria.

Pasangan yang menetap di Gemas, Negeri Sembilan ini sama-sama menjaga dan menguruskan dua anaknya iaitu Muhammad Hairie Haikal Muhammad Aziz (Hairie), 12, dan Nurrul Aleaya Aqiela Muhammad Aziz (Aleaya), 14.

Dua lagi anaknya iaitu yang sulung dan kedua yang masing-masing berumur 17 dan 15 tahun dilahirkan normal.


Menurut Intan Maszura, Hairie dilahirkan tidak cukup bulan iaitu ketika usia kandungannya 30 minggu dengan berat badan hanya 1.26 kilogram di sebuah hospital di Kuala Terengganu. 

Ketika berusia enam bulan, doktor mengesahkan Hairie mengalami Cerebral Palsy. Berita itu memberi tamparan hebat buat Intan Maszura dan suami.

Hairie tidak boleh berjalan kerana masalah saraf pada tulang pinggul sehingga menyebabkan kakinya bersilang

Sungguhpun begitu, Hairie mampu bercakap seperti biasa.

“Selain itu Hairie juga menghidap sawan dam asma. Hairie akan ke hospital sebanyak empat kali sebulan untuk sesi fisioterapi. Kami akan ke Hospital Segamat untuk rawatan dengan pakar mata dan kanak-kanak manakala ke Hospital Seremban untuk rehabilitasi dan pakar tulang,” ujarnya.

Manakala kakak Hairie iaitu Aleaya pula menghidap autism yang memerlukan rawatan di hospital setiap bulan.

Memandangkan Intan Maszura hanya suri rumah sepenuh masa dan pendapatan suami yang tidak mencukupi sebagai pemandu lori, mereka terpaksa melalui hari-hari dengan seadanya.


Mujur keperitan hidup yang dilalui mendapat perhatian dan bantuan daripada ahli keluarga yang tinggal berdekatan.

Menurut Intan Maszura, suaminya bekerja jauh dan hanya akan pulang ke rumah apabila Hairie ada temu janji di hospital. 

Malah, suaminya pernah kehilangan kerja kerana kerap bercuti.


Selain pendapatan suami dan pertolongan ahli keluarga yang lain, pasangan ini juga mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Malangnya jumlah tersebut tidak dapat menampung kos rawatan dan penjagaan yang tinggi. 

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan boleh sumbangkan ke akaun Maybank bernombor 155078501263 atas nama Intan Maszura Nordin. - KitaReporters

1
0
5
0
0
You will be interested