Insan & Komuniti 18 Apr, 2022

Tolong kami! Bantu Khairun Nisa! Cari ayah kandung Zanal Masran! Untuk jadi wali pernikahannya!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Gambar hiasan


SELEPAS terputus hubungan selama 25 tahun, bakal pengantin, Khairun Nisa Hamdan kini mencari ayah kandungnya, Zanal Masran seorang pesara tentera untuk menjadi wali pernikahannya yang akan berlangsung pada Oktober 2022 depan.

Khairun Nisa berkata dia diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia dua hari

Ibu bapa kandungnya difahamkan berpisah kerana masalah peribadi dan demi masa depannya, dia diserahkan oleh ibunya dikenali sebagai Rahna kepada seorang wanita bernama, Kintan Abdullah.


Lagi cerita-cerita tolong kami berkaitan mencari ayah

Zanal Masran


Difahamkan Khairun Nisa juga mempunyai lapan adik beradik dan mereka tidak pernah bertemu.

Ayahnya, Zanal berpangkat Sarjan Mejar yang memiliki kad tentera bernombor 1012087

Kali terakhir dia bertugas di Pasukan 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD)  dan ketika itu, Zanal dikatakan menetap di Senawang, Negeri Sembilan.

"Saya tidak tahu di mana bapa berada sekarang. Tapi pernah mendapat maklumat mengatakan bapa saya kini tinggal di Klang, Selangor

"Mohon sahabat atau kenalan bapa khususnya anggota tentera yang pernah berkhidmat dengan bapa menghubungi saya kerana perlukan kehadiran dia sebagai wali," katanya.


Gambar hiasan


Khairun Nisa meminta orang ramai yang mengenali bapanya supaya dapat menghubunginya  menerusi talian 010-4380600 atau ibu angkatnya, Kintan Abdullah, menerusi talian  017-2651442 atau Pak Langnya, Hata Abdullah, 01157703357. 

Menurunya Khairun Nisa lagi, dia hanya sempat berjumpa sekali saja dengan ibunya. Dan sangat berharap dapat bertemu lagi dengan ayah dan ibunya untuk mendapatkan restu serta memudahkan proses dokumen urusan pernikahanya.

"Terima kasih kerana bantu saya untuk cari ayah kandung. Alhamdullilah, jika dapat jumpa berkat semua yang membantu. 

"Semoga Allah membalas jasa anda semua yang menolong saya dan keluarga. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua," katanya. - KitaReporters


Gambar hiasan

12
11
0
11
0
You will be interested