Insan & Komuniti 02 Sep, 2021

Covid-19: Mohon doakan agar suami segera pulih! Ulang tahun yang amat menyedihkan - Eina Azman

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Datuk Paduka Kaiser buat kejutan walaupun dirinya sah Covid-19


SELEPAS lebih 10 jam mendapat kejutan hadiah jambangan cokelat dan kek sempena ulang  tahun ke-7 perkahwinan mereka, pelakon dan `cef` Datin Paduka Eina Azman meminta rakyat negara ini dapat mendoakan suaminya segera sembuh melawan Covid-19.

Suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden Abdullah kini dirawat ke hospital untuk mendapatkan bantuan pernafasan kerana paras oksigen semakin tidak stabil.

Eina Azman yang terkenal dengan suara manjanya sempat memuat naik foto jambangan cokelat dan sebiji kek dengan kata-kata, "Terima kasih untuk hadiah cokelat dan bukannya bunga. Kerana kek boleh dimakan walaupun tidak boleh makan sekarang," dengan nada agak sayu.

Eina Azman turut positif COVID-19 bersama dua pembantu rumahnya. Manakala anak kembar mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef disahkan negatif.


Lagi cerita-cerita menarik Eina Azman




"Assalamualaikum semua… Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.

"Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus COVID-19. Sebab oxygen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oxygen. Terima kasih semua," demikian kata pelakon Datin Eina Azman dalam muatnaik terbaru dalam Instagram pada Rabu, 1 September 2021.


Kredit foto: Kosmo!


Eina Azman dan suaminya disahkan positif Covid-19 pada hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka dan sebelum ini, Eina turut menjalani pembedahan pada lehernya pada 17 Ogos 2021. 

Mereka pernah menimbulkan isu kerana diberi giliran awal mendapat suntikan yang kemudian diselesaikan apabila dia disahkan memang termasuk dalam golongan berisiko jangkitan perlu mendapat suntikan vaksin dengan segera.

Beliau bersyukur selepas mendapat tahu anak kembar dan kakaknya negatif Covid-19 walaupun dia agak sedih masa melihat anak-anaknya menjalani calitan dalam keadaan `ketakutan` dan menangis.



"Macam nak gugur jantung bila dapat keputusan sebab saya selalu buat ujian saringan. Minggu lalu saya dan suami baru saja buat ujian saringan sebelum menjalani pembedahan dan keputusannya negatif. 

"Saya tak tahu macam mana dalam seminggu saya boleh dijangkiti virus ini. Sedih bila terpaksa tengok anak-anak melalui ujian saringan. Saya memang tak sampai hati," katanya. 

"Alhamdullilah nasib baik anak-anak negatif dengan kakak saya, Wenny Azman. Sekarang saya dah mula demam panas dan batuk. Cuma keadaan suami saya kurang baik sebab demam terlalu panas dan bacaan oksigennya turun naik

"Sebab itu pada Selasa, 31 Ogos 2021 malam dia dikejarkan ke hospital kerana paras oksigennya jatuh lagi," katanya sambil membelai suaminya dengan kata-kata semangat agar segera sembuh dan pulang ke rumah segera. 

Ketika itu suaminya mendongak dengan senyuman dan membuka matanya. 


Keluarga bahagia. - Kredit gambar: IG Eina Azman


Dalam masa sama, Eina turut hilang kata-kata apabila sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh pada Hari Merdeka dalam keadaan amat menyedihkan.

"Hari ini (31 Ogos 2021) adalah ulang tahun perkahwinan kami tapi begini pula jadinya. Ya Allah memang hilang kata-kata. 

"Apapun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati yang terbuka. Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama pembantu rumah," kata pelakon drama The Maid itu.

Eina Azman berkahwin pada 31 ogos 2014 terkenal dengan kemahirannya memasak dan video masakannya membuatkan terus popular berbanding dengan seni lakonnya.

"Done" adalah kata-kata yang akan mengingatkan Eina Azman dengan setiap resepi yang selesai dimasak dan dimuatnaik dalam Instagramnya. - KitaReporters


Semoga kedua-duanya kembali sihat.

 

0
0
0
0
0
You will be interested