Insan & Komuniti 29 Apr, 2020

Ustaz Abu Syafiq nak saman Amin Idris! Netizen sokong siapa?

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

NAMPAKNYA isu kontroversi melibatkan Ustaz Abu Syafiq semakin panas dan hebat diperkatakan oleh netizen ketika ini.  Masa terluang, kerja tiada dan data Internet pula percuma menyebabkan rakyat Malaysia ketika ini sentiasa 'up to date' mengenai apa yang berlaku dalam media sosial khususnya Facebook (FB). : KitaReporters

Jika sebelum ini, Ustaz Abu Syafiq terkenal dengan kisah kontroversi yang mengkritik hebat pendakwah bebas Malaysia, Ustaz Ebit Lew mengenai bantuan yang diberikan dan dikatakan telah membuka aib orang selain menipu duit orang derma

Namun begitu, Ustaz Ebit Lew mendapat sokongan tentera netizen dal FB yang mempertahankan cara Ustaz Ebit Lew dan mereka mula melancarkan serangan ke atas page Ustaz Abu Syafiq

Terkini, Ustaz Abu Syafiq ingin menyaman motivasi terkenal yakni Amin Idris dengan saman RM1 juta yang dikatakan telah membuat naik satu posting di FB miliknya hingga memberi kesan buruk terhadap beliau.

Kita dapat melihat Amin Idris ada membuat naik posting untuk memberi sokongan moral kepada Ustaz Ebit Lew.


Kredit: FB Amin Idris. 


Tidak lama selepas itu, Amin Idris telah menerima surat saman daripada peguam yang mewakili Ustaz Abu Syafik.

Dalam surat tersebut, terdapat beberapa permintaan yang harus dilakukan oleh Amin Idris seperti memohon maaf secara terbuka dalam semua media sosial dan perlu bayar RM1 juta kepada Ustaz Abu Syafiq. 

Semua itu harus dilakukan dalam masa 7 hari. 

Kredit: FB Amin Idris 


Jika takut dilambung ombak, usah berumah ditepi pantai!!

Berani kerana benar, takut kerana salah. 

Amin Idris bersama peguam beliau juga telah melakukan gerak kerja 'peperangan' jika itu yang dimahukan oleh Ustaz Abu Shafiq.

Beliau dan pasukan peguamnya telah ambik keputusan untuk "berlawan" di mahkamah.

Kredit: FB Amin Idris. 


Melalui posting terbaru, Lawan tetap lawan. Beliau ada menjawab melalui video dalam FB miliknya mengenai isu berbangkit. 

Kredit Amin Idris


Menarik isu ini sebenarnya. Lagipun ini bukan pertama kali Ustaz Abu Syafiq bermain saman dengan tuntutan RM1 juta ini. 

Sebelum ini beliau juga pernah berkata bahawa beliau ingin ambil tindakan saman terhadap usahawan terkenal dengan kontroversi, Dato Aliff Syukri.

Kredit gambar: Video GmaX Channel. 


Malah Sajat juga pernah menjadi sasaran Abu Syafiq untuk saman dengan RM1 juta. Atau RM1 bilion?


Nampaknya Ustaz Abu Syafiq bukan biasa-biasa apabila beliau lebih berminat menyaman dengan angka betul besar. 

Kepada netizen di luar sana, anda akan sokong siapa? 

Adakah Ustaz Abu Syafiq yang mengambil alih kontroversi di Malaysia ketika ini? Atau motivasi hebat yakni Amin Idis? - KitaReporters
5
3
3
0
0
You will be interested