Insan & Komuniti 22 Dec, 2021

Video| Subhanallah! Banjir cecah bumbung! Tetapi al-Quran tak dijamah banjir! Kekal sempurna!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SECARA logik semua akan musnah disebabkan banjir yang melepasi bumbung rumah namun keajaiban berlaku berlaku apabila dua naskah al-Quran yang berada di dalam sebuah rumah di Taman Seri Nanding, Hulu Langat yang langsung tidak disentuh banjir dan masih sempurna.

Ajaibkan? Tetapi inilah bukti kekuasan Allah!!

Dua kitab suci al-Quran berkenaan tidak basah walaupun seluruh rumah penduduk di situ ditenggelami banjir di kawasan berkenaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan al-Quran



Menerusi perkongsian pendakwah bebas terkenal, Asma' Harun menerusi video siaran langsung dalam Facebook peristiwa tersebut membuktikan kekuasaan Allah walaupun dilanda musibah.

Beliau yang ketika itu bersama sukarelawan Sahabat Amal Care (SAC) yang terlibat memberi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan berkenaan .

"Kita nak pergi sebuah rumah, bayangkan semua rumah dah tenggelam tetapi ada al-Quran yang tidak basah.

Tu keajaiban Tuhan, al-Quran tidak basah tetapi semua harta benda terbalik, terpusing dan tenggelam tetapi kitab itu tidak basah,” katanya dalam video tular berkenaan.



 Asma’ merupakan Pengasas dan Penaung SAC berkata, al-Quran tersebut seperti terjaga dan kering tidak disentuh air banjir.

“Antara keajaiban ini, dalam keadaan air sudah tenggelamkan rumah tetapi al-Quran selamat. Allahukbar!

“Kita boleh tengok al-Quran ini, dua-dua kering. Subhanallah! Bayangkan air dah tinggi dan kita boleh nampak meja ini ada selut.

“Tuan-tuan bayangkan air dah berada pada tahap yang tinggi, dinding- dinding ada kesan lumpur dan al-Quran ini seolah-olah tidak terkena langsung air.

“SubhanaAllah, sama-sama kita bacakan doa semoga kita semua mendapat rahmat daripada al-Quran,” ujarnya.



Sementara itu pemilik kediaman berkenaan, Raja Hasnah berkata, dia sendiri terkejut melihat al-Quran yang digunakan setiap hari itu langsung tidak dijamah air banjir dan masih seperti sediakala.

katanya, semua barangan lain di rumah  ditenggelami air sehingga ke paras bumbung, namun  harta paling berharga iaitu dua naskah al-Quran yang diletakkan di atas meja bersama sehelai widad langsung tidak disentuh air.

Kongsi wanita berkenaan, menjadi kelaziman kepadanya untuk membacakan dua juzuk ayat suci berkenaan setiap hari. Malah, ayat terakhir yang dibaca sebelum berlakunya banjir adalah surah al-Quraisy.

Akuinya dia sendiri pelik melihat keadaan berlaku namun yakin itu adalah sebahagian daripada bukti kekuasaan Pencipta kepada umatNya! . - KitaReporters


15
13
0
16
0
You will be interested