\
PANIK melihat ada sekatan jalan oleh pasukan Polis Republik Indonesia (Polri) dan Tentera Negara Indonesia (TNI) bagi memasti orang ramai memakai pelitup muka (masker) menyebabkan dua petani di Bengkulu, Sumatera terpaksa mencari daun besar untuk dijadikan pelitup muka bagi melalui sekatan itu.
Dua petani itu terkejut kerana ketika pergi ke kebun pada sebelah pagi tiada sekatan menyebabkan kedua-duanya bebas bergerak tanpa pelitup muka.
Namun dalam perjalanan pulang sebelah tengah hari, dari jauh mereka terkejut melihat ada beberapa anggota Polri dan TNI berkawal.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sumatera
Dua petani ini terpaksa menggunakan daun lebar sebagai pelitup muka untuk melepasi sekatan. - Kredit foto: Kompas.com
Bagi memastikan dapat lepas daripada sekatan, kedua-duanya berhenti dan mencari daun ukuran ukuran besar. Mereka menjadi kreatif apabila daun besar itu diletakkan gulungan ranting diikat menjadi seperti pelitup muka sebenar.
Ketika tiba di pos kawalan, motosikal yang dinaiki ditahan melihat kedua-duanya memakai pelitup muka yang agak ganjil.
Dalam video, dua lelaki terlihat menunggang sebuah motosikal pulang dari kebun. Penunggang bernama Jum mengaku pergi ke kebun dan terlupa memakai pelitup muka.
Katanya ketika pergi, dia tidak melihat ada pos sekatan ke pintu masuk Kabupaten Lebong.
"Kami dari kebun lupa membawa pelitup muka. Akhirnya pakai daun sebagai pelitup muka," alasan Jum ketika diperiksa petugas pada Rabu, 21 Julai 2021 lalu.
Namun, ketika hendak pulang, dia mengaku terperanjat ada pos sekatan dengan pertugas dari TNI/Polri.
Lantaran panik, kedua-duanya mencari daun lebar berukuran besar di tepi jalan untuk dijadikan pelitup muka. Kedua-duanya panik bakal disaman oleh anggota keselamatan itu.
Namun saman tidak dikeluarkan, sebaliknya anggota Polri/TNI memberikan pelitup muka yang sebenar untuk dipakai. Kedua-duanya dibenar pergi.
Bupati (pegawai daerah) Lebong, Kopli Ansoru menyanjungi usaha yang dilakukan oleh kedua-dua lelaki itu.
"Saya salut dengan cara yang dilakukan oleh kedua-dua warga ini. Mereka mengubah suai daun kerana tidak membawa pelitup muka," kata Kopli ketika dihubungi Kompas.com melalui telefon, pada Khamis 22 Julai 2021.