Insan & Komuniti 28 Jul, 2021

Bapa buntu! Tiada siapa jaga anak-anaknya jika ke pusat kuarantin! Nasib baik YB turun padang!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

TURUN Padang ..Tan Yee Kew ditemani pembantu mengunjungi kediaman Ikhwan selepas dihubungi dan menyatakan kerisauan terhadap empat anak-anak yang masih kecil. - Kredit Foto: Facebook Dr. Tan Yee Kew


KASIH ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang hayat… Ayah mana yang sanggup membiarkan anak-anak terabai, sekali kudratnya ada pasti si ayah menjadi pembela nombor satu kepada semua zuriatnya!

Itulah juga berlaku kepada seorang bapa muda dari Wangsa Maju yang sanggup mengabaikan kebajikan diri sendiri semata-mata mahu mengurus keperluan anak-anaknya.

Lelaki yang dikenali sebagai Ikhwan buntu memikirkan keselamatan anak-anaknya selepas dirinya disahkan positif Covid-19.


Lagi cerita-cerita 




Perkongsian sayu itu dimuat naik oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menerusi kemas kini dalam Facebook baru-baru selepas berjaya ‘menyelamatkan’ bapa bersama empat anak kecil itu.

Menurut perkongsian Yee Kew, Ikhwan menghubungi pihaknya selepas buntu memikirkan keadaan empat anaknya sekiranya dia dimasukkan ke pusat kuarantin selepas disahkan positif, manakala isterinya bersama anak bongsunya yang berusia sebulan sudahpun dimasukkan ke hospital.


YEE KEW yang lengkap menyarung PPE membawa anak-anak Ikhwan termasuk si kecil berusia setahun untuk proses calitan di klinik berdekatan dan menyediakan ambulans bagi memastikan status empat anak kecil itu negatif Covid-19.


“Jadi tinggallah dia bersama 4 orang anaknya yang masih kecil berumur antara 1 hingga 5 tahun di rumah. Tiada siapa pun yang dapat membawa anak-anaknya ke klinik untuk ujian calitan Covid-19,” tulis Yee Kew baru-baru ini.

Sepatutnya Ikhwan menjalani tempoh kuarantin di rumah tetapi terpaksa melakukan segala-galanya terutama menguruskan keperluan anak-anaknya, termasuk memberi makan bayi berusia setahun kerana tiada orang dewasa lain di rumah.

Kekalutan itu memaksa Ahli Parlimen Wangsa Maju itu mendapatkan ambulans untuk membawa kesemua si kecil itu bagi membuat ujian calitan.

Katanya Ikhwan sepatutnya tidak menguruskan anak-anaknya, namun semuanya terpaksa memandang tiada siapa lagi yang boleh menolongnya untuk menguruskan anak-anak tersebut.

Keadaan itu membuat Yee Mee menguruskan permit perjalanan untuk ibu Ikhwan di Puchong ke Wangsa Maju bagi membantunya.

Terbaiklah YB... Sentiasa bersama rakyat!


MEMBAWA semua si kecil ke klinik dengan menggunakan ambulans memandangkan tiada dewasa yang boleh menjaga kesemua kanak-kanak berkenaan.


Katanya tanpa membuang masa, dia ditemani pembantu sendiri turun padang dengan lengkap menyarung PPE  dengan pelitup muka, kit ujian calitan Covid-19 untuk menjenguk keperitan rakyat.

Lebih menyedihkan ketika dalam perjalanan ke hospital, keadaan Ikhwan bertambah serius dan mengalami kesukaran untuk bernafas dan berasa lemah selain tertekan.

“Nasib baik, pasukan sanitasi tiba tepat pada masanya dan ambulans juga sampai serentak," kongsinya lagi.

Selesai proses sanitasi rumah, Ikhwan dan anak-anaknya sudah sedia untuk ke hospital dengan ambulans sebelum menunggu ibunya yang tiba dari Puchong untuk menjaga anak-anaknya sepanjang Ikhwan menerima rawatan.

Semoga Ikhwan tidak serius dan kembali bersatu bersama isteri dan anak-anak. - KitaReporters



3
0
4
1
0
You will be interested