Insan & Komuniti 18 Oct, 2021

Video| Uniknya Turki! Punyai pasangan wanita, lelaki paling tinggi di dunia! Diiktiraf oleh GWR

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Rumesya Gelgi bersama kedua-dua orang tuanya yang banyak memberi sokongan dorongan dalam meneruskan perjalanan hidup kepada wanita berusia 24 tahun ini.



SEBUT sahaja Turki, terbayang keindahanan negara Islam berkenaan yang terletak di lokasi unik iaitu sebahagian di Asia manakala sebahagiannya lagi di benua Eropah. 

Kini, uniknya lebih berganda apabila negara itu memiliki sepasang lelaki dan wanita yang diiktiraf sebagai individu paling tinggi di dunia. Lebih menarik 'kehebatan' kedua-dua individu berkenaan diiktiraf oleh Guinness World Records (GWR).

Sultan Kosen, seorang petani kelahiran Mardin, Turki itu dipilih sebagai lelaki paling tinggi di dunia berikutan memiliki ketinggian 252 sentimeter atau 8 kaki. Keunikan lelaki berusia 39 tahun  itu membolehkan dia diberikan gelaran ikonik 'Manusia Masih Hidup Tertinggi di Dunia'.

Kini Turki sekali lagi menggegarkan dunia apabila wanita tertinggi juga berasal dari negara yang sama. Rumesya Gelgi dari wilayah Karabuk, Turki dinobatkan sebagai wanita paling tinggi di dunia.


Lagi cerita menarik berkaitan rekod dunia


Rumesya bersama sijil GWR yang diterimanya. - Kredit foto: GWR


Pengiktirafan itu dibuat oleh GWR selepas wanita tinggi lampai itu memiliki ketinggian luar biasa  215.16 sentimeter (cm) atau 7 kaki 0.7 inci.

Ketinggian luar biasa disebabkan wanita berusia 24 tahun itu menghidap keadaan genetik ganjil yang disebut Sindrom Weaver.

Sindrom yang dimiliki wanita kelahiran Karabuk, utara Turki itu menyebabkan ketinggiannya berlaku secara tidak normal.

Namun siapa sangka ketinggian itu rupanya membawa hikmah tersendiri kepada Rumesya dan keluarganya apabila dia pernah dinobatkan sebagai Remaja Paling Tinggi Di Dunia pada 2014 ketika itu berusia 18 tahun.



Terbaharu, dia sekali lagi mendapat pengiktirafan kedua selepas ketinggiannya diukur semula secara rasmi oleh GWR pada tahun 2021 ini. 

Rumesya menggunakan pengiktirafan itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai sindrom yang dialaminya.

Keadaan fizikal luar biasa itu, menyebabkan dia terpaksa dibantu untuk berjalan dan turut menggunakan kerusi roda atau tongkat empat ketika berdiri.


Pemeriksa ketinggian terpaksa menggunakan kerusi untuk mengukur ketinggian Rumesya. - Kredit foto: GWR

Ketinggian Sultan Kosen menyebabkan orang ramai tergaman. - Kredit foto: GWR

Biarpun memiliki ketinggian luar biasa, namun Sultan Kosen dan Rumesya Gelgi tidak pernah bertemu walaupun mereka tinggal dalam satu negara.

Walaupun berdepan masalah kesihatan yang dialami, Rumesya cekal meneruskan kehidupan dan kedua orang tuanya merupakan pendorong utama dalam dia meneruskan kehidupan. 

"Ibu bapa saya adalah kawan paling rapat dengan saya dan sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk terus saya melangkah," ujar wanita berkulit putih ini. - KitaReporters


16
9
0
10
0
You will be interested