Insan & Komuniti 25 May, 2021

Video| Demi tugas, negara! Anggota polis wanita dukung anak sambil kawal lalu lintas kenderaan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

PRIYANKA mendukung anak kesayangan ketika bertugas mengawal aliran pergerakan kenderaaan di lokasi di Chandigarh, India, baru-baru ini. - Kredit foto: The Indian Press.


DEMI kasih sayang kepada anak, seorang ibu rela melakukan apa sahaja buat kebaikan dan kebajikannya. Namun tak bermakna seorang ibu itu akan mengabaikan tugas-tugas lainnya apatah lagi amanak menjaga keselamatan dan keamanan negara.    

Hal ini benar-benar terjadi ke atas seorang anggota polis trafik wanita di India yang menjadi tular dalam media sosial apabila rakaman video memaparkan dirinya mendukung anak lelakinya yang berusia lima bulan ketika dia sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas kenderaaan di jalan raya di negara itu, baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita berkaitan bayi



Anggota polis trafik wanita itu bernama, Priyanka yang membawa anak kesayangannya dengan mendukungnya semasa mengawal lalu lintas kenderaan di jalan raya di Chandigarh pada waktu pagi.

Akhbar The Indian Press dipetik melaporkan, Priyanka terpaksa membawa anaknya semasa bertugas kerana dia terlewat datang bertugas pada hari berkenaan selain masalah tiada orang akan menjaga bayinya jika ditinggalkan.


 

PRIYANKA sedang mendukung bayinya. - Kredit Foto: The Indian Press


Priyanka berkata, dia terpaksa membawa bayinya bersama kerana tiada orang yang menjaganya di rumah memandangkan suaminya atau keluarga mertuanya berada di daerah lain.

Menurutnya, selalunya dia bertugas di kawasan berdekatan dengan rumahnya tetapi pada hari itu, ketua jabatannya telah mengarahkannya dia bertugas di kawasan baharu yang terletak  lebih jauh dari kediamannya.



``Jadi saya tidak boleh tinggalkan anak saya di rumah dan dalam masa yang sama tugasan saya amat penting juga lalu saya membuat keputusan untuk membawa bersama anak saya semasa bertugas.

``Anak saya tidak menjadi penghalang tugasan saya untuk mengawal aliran lalu lintas kenderaan di jalan raya di lokasi tersebut,’’ kata Priyanka.

Jikalau dia tidak berbuat demikian tiada siapa lagi yang akan menjaga anaknya yang mana sebelum ini anaknya biasa ditinggalkan di rumah ahli keluarga suaminya yang terletak tidak jauh dari kawasan dia bertugas.  

Tetapi, katanya lagi, pada hari tersebut dia agak lewat untuk hadir bertugas ke lokasi baharu yang agak jauh dari kediamannya dan dalam keadaan tergesa-gesa itu mengakibatkan dia terpaksa membawa bersama anaknya. 


Kredit Foto : The Indian Press



Rakaman video Priyanka itu mendapati simpati orang ramai di negara India dan mereka meminta pihak kerajaan menyediakan pusat asuhan kanak-kanak secara percuma bagi anggota polis wanita.

Berikutan dengan kejadian itu, Ketua Pengarah Polis Chandigarh, Sanjay Baniwal dalam kenyataannya dalam Twitter menyatakan bahawa anggota polis terbabit baharu sahaja bertugas selepas dia mengambil cuti bersalin selama enam bulan.

Menurutnya, pihak polis akan membuat pertimbangan kepada Priyangka ke jabatan lain jika dia membuat permohonan secara rasmi.

``Kita turut bersimpati dengan nasib Priyanka yang terpaksa membawa anaknya semasa bertugas dan suaminya pula bertugas di daerah lain,’’ katanya. - KitaReporters


9
0
5
1
1
You will be interested