Kisah Insan 31 May, 2021

Kanak-kanak 3 tahun ditemui lemas di dalam almari pakaian! Cuba elak diri daripada kebakaran!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

API sedang nyala membakar rumah yang didiami Marlia Junaidi di Kampung Teluk Pelanduk, Batu 12, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 30 Mei 2021. - Kredit foto: Media sosial


SEORANG kanak-kanak lelaki, Yusuf Khalish Azidie Fadzly, 3, ditemui mati lemas, dipercayai terhidu asap, menyorok dalam sebuah almari pakaian dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Teluk Pelanduk, Batu 12, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Ahad, 30 Mei 2021. 

Manakala ibu mangsa, Marlia Junaidi; kedua-dua orang tua Marliam Kelsom Bakri dan Junaidi Abdul Ghani; serta dua orang lagi anaknya berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran tersebut.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kebakaran

ADIK Yusuf Khalish Azidie Fadly. - Kredit foto: Media Sosial


Menurut laporan, kanak-kanak malang itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam almari pakaian untuk mengelak api yang sedang nyala dengan maraknya di rumah itu.

Sebelum kejadian yang berlaku pada pukul kira-kira 11.40 pagi 30 Mei 2021 itu, rumah berkenaan didiami enam mangsa tersebut termasuk Yusuf Khalish. 

Bagaimanapun, Kelsom, Junaidi dan Marlia serta dua orang lagi anaknya  berjaya diselamatkan, manakala dalam keadaan kelam kabut itu Yusuf Khalish tidak dapat diselamatkan kerana mereka tidak perasaan mangsa tiada di situ ketika itu.


MARLIA Junaidi (tengah) ditenteramkan oleh jirannya berikutan dengan kebakaran rumahnya. - Kredit foto: Media sosial 


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar dipetik sebagai berkata apabila menyedari mangsa tiada di situ lalu keluarganya serta pihaknya ingin masuk mencari mangsa ke dalam rumah tersebut tetapi kerana ketika itu api sudah menyala dengan maraknya dan membakar rumah mangsa. 

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.52 pagi.

``Sebaiknya kami tiba ditempat kejadian mendapati rumah berkenaan telah terbakar kira-kira 80 peratus.

``Kami berjaya memadam api kebakaran itu pada pukul 12.20 tengah hari dan operasi tersebut tamat sepenuhnya pada 1.55 tengah hari,’’ katanya.

Mohd Kamal berkata, mayat Yusof Khalish ditemui bersembunyi dalam sebuah almari dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat. - KitaReporters


 API baru mula membakar di rumah Marlia.- Kredit Foto : Media Sosial


 

habis

You will be interested

Caprice minta maaf! Kepada TMJ, H2O, UEL! Terlalu ikut emosi perjuangan demi Palestin, ummah!

Caprice tampil mohon maaf kepada rakyat Malaysia dan pihak yang terbabit dalam dakwannya. Turut mohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin, Ustaz Ebit

Malang berganda! Sudahlah hutang RM150 tak dibayar! Mangsa pula ditikam oleh suami pemiutang!

MALANG berganda seorang wanita! Sudahlah hutang Rp450 ribu (kira-kira RM150) tak dibayar oleh peminjam sebaliknya ditikam pula sebanyak dua kali pada perutnya
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago

Bakul makanan: PKP zahirkan kesepakatan guru! Program Cakna PIBG bantu 200 keluarga pelajar!

Program Cakna PIBG SK, SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 zahirkan kerjasama dan kesepakatan guru-guru bantu ibu bapa pelajar yang terkesan dengan PKP wabak Covid-19
Rosdi Ismail in Kisah Insan 2 days ago

Video| Permintaan terakhir! Anak cepatkan tarikh nikah! Ibu meninggal beberapa hari kemudian!

Kerana ibu sakit tenat, si anak penuhi permintaan ibu untuk percepat tarikh perkahwinan. Beberapa hari setelah majlis akad nikah, si ibu kembali menghadap ilahi
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 2 days ago